Kesimpulan
Tidak ada bukti dari ujikaji rawak terkawal untuk menyokong atau bercanggah dengan cadangan bahawa opioids dalam sebarang dos akan mengurangkan kesakitan berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak atau remaja.
Latar belakang
Kanser kanak-kanak merupakan salah satu penyebab utama penyakit dan kematian untuk kanak-kanak dan remaja di dunia sekarang. Sakit yang berkaitan adalah satu kebimbangan kesihatan utama dan data khusus untuk kanak-kanak adalah tidak kini dikenali. Kesakitan yang berkaitan dengan kanser secara amnya disebabkan secara langsung oleh tumor yang memampatkan pada saraf atau dengan keradangan organ, dan boleh sangat menyedihkan.
Opioids adalah digunakan di seluruh dunia untuk rawatan sakit. Opioids secara umumnya boleh didapati dalam penjagaan tetapan kesihatan di kebanyakkan negara maju tetapi akses mungkin terhad dalam negara sedang maju. Sebagai contoh, opioids yang boleh didapati termasuk: buprenorfin, codeine, fentanyl, hydromorphone, methadone, morfin, oxycodone dan tramadol. Opioids digunakan dalam dos yang berbeza-beza dan biasanya ditadbir melalui suntikan atau tablet.
Keputusan utama
Pada tahun Februari 2017 kami mencari ujikaji klinikal di mana sebarang opioid telah digunakan untuk merawat kesakitan yang berkaitan dengan kanser dalam orang yang berusia dari lahir ke 17 tahun. Kami tidak mendapati kajian yang memenuhi keperluan ulasan ini. Beberapa kajian menguji opioid terhadap dewasa dengan kesakitan berkaitan dengan kanser, tetapi belum ada dalam peserta berusaia dari lahir hingga 17 tahun.
Kualiti bukti
Kami merancang untuk menilai kualiti bukti kajian dengan menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa kami tidak pasti mengenai keputusan kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud kami sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.
Kita tidak dapat menilai kualiti bukti kerana tidak bukti daripada ujikaji rawak terkawal untuk menyokong atau menafikan cadangan bahawa oploids dalam sebarang dos akan mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak atau remaja.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my