Antibiotik disedut berbanding dengan oral untuk orang dengan bronkiektasis

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui sama ada antibiotik oral (diambil oleh mulut) atau antibiotik disedut adalah lebih berkesan untuk mengurangkan tempoh dan kekerapan episod jangkitan bronkektasis, kemasukan ke hospital dan kesan sampingan, serta mengurangkan risiko jangkitan dada yang tidak bertindak balas terhadap rawatan dengan antibiotik.

Latar belakang

Bronkiektasis adalah keadaan jangka panjang yang tidak dapat diubati di mana orang mendapat jangkitan dada bakteria berulang yang mengakibatkan kerap batuk, sesak nafas dan pengeluaran lendir. Ini sering berlaku tiga atau lebih kali setahun dan memerlukan rawatan dengan antibiotik, sama ada jangka pendek untuk jangkitan dada, atau jangka panjang untuk mencegah jangkitan dada berulang. Ia pernah dianggap sebagai penyakit yang jarang berlaku tetapi angka baru-baru ini menunjukkan sehingga 5 dari 1000 orang mengidapi bronkiektasis dan kadar kematian untuk mereka yang mempunyai keadaan ini mungkin lebih dari dua kali ganda daripada populasi umum.

Antibiotik biasanya digunakan untuk merawat jangkitan dada pada orang dengan bronkiektasis, untuk menghapuskan jenis bakteria tertentu yang menyebabkan jangkitan. Sesetengah antibiotik lebih berkesan terhadap jenis bakteria tertentu berbanding dengan yang lain, dan jenis bakteria yang berbeza ini boleh menimbulkan kerintangan terhadap rawatan dengan antibiotik, menjadikannya kurang berkesan dan mengurangkan pilihan antibiotik berikutnya. Antibiotik juga boleh diberikan kepada orang dengan cara yang berbeza, seperti mulut dalam bentuk pil atau tersedut sebagai penyedutan

Pada masa ini, kami tidak tahu cara mengendalikan antibiotik, secara oral atau melalui penyedut, adalah yang paling berkesan untuk merawat jangkitan dada berulang dalam hal menghapuskan bakteria, mengurangkan kemungkinan orang mengalami rintangan terhadap antibiotik dan mengurangkan gejala bronkiektasiss.

Kami mencari semua bukti yang diterbitkan dan tidak diterbitkan, sehingga bulan Mac 2018, yang membandingkan pemberian antibiotik secara oral dengan antibiotik yang disedut.

Ciri-ciri kajian

Walaupun terdapat beberapa kajian yang menyiasat faedah antibiotik untuk orang yang mengalami bronkiektasis, tiada yang membandingkan antibiotik yang diberikan secara oral dengan antibiotik yang disedut.

Kualiti bukti

Tiada bukti yang berkualiti tinggi untuk menentukan sama ada antibiotik oral atau disedut lebih bermanfaat untuk orang yang mengidapi bronkiektasis. Lebih banyak kajian penyelidikan diperlukan untuk menilai keberkesanan antibiotik oral berbanding dengan antibiotik yang disedut untuk mengurangkan kadar jangkitan dada dan peluang untuk membangunkan rintangan pada terapi antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Dr Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information