Mesej utama
Infliximab mungkin lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah pengulangan penyakit bagi pesakit yang telah menunjukkan tindak balas terhadap infliximab. Ia juga boleh lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah kehilangan tindak balas pada pesakit dengan penyakit fistulasi. Ia boleh serupa dengan plasebo dari segi jumlah peristiwa sampingan buruk.
Infliximab yang digabungkan dengan analog purin mungkin lebih unggul daripada analog purin sahaja untuk mencegah pengulangan penyakit, baik secara klinikal dan endoskopik, untuk pesakit dalam remisi, yang telah menunjukkan tindak balas terhadap infliximab.
Infliximab mungkin serupa dengan biosimilar untuk mencegah pengulangan klinikal, dan mungkin sedikit lebih buruk dalam mencegah kehilangan tindak balas klinikal, bagi pesakit dengan penyakit aktif yang menunjukkan tindak balas terhadap infliximab. Infliximab mungkin lebih buruk daripada biosimilar dari segi penarikan diri akibat peristiwa sampingan buruk. Infliximab mungkin serupa dengan biosimilar untuk peristiwa sampingan buruk yang menyeluruh.
Apakah itu Penyakit Crohn?
Penyakit Crohn adalah penyakit radang kronik (sepanjang hayat) yang boleh menjejaskan mana-mana bahagian usus. Gejala biasa termasuk najis berdarah, cirit-birit, sakit perut, demam, penurunan berat badan, keletihan, dan lain-lain. Apabila seseorang mengalami gejala Crohn, mereka dikatakan mempunyai penyakit 'aktif' dan, apabila gejala-gejala mereka terkawal, mereka dianggap 'dalam remisi'. Kami tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan Penyakit Crohn, tetapi ia mungkin berkaitan dengan gabungan gen, kerosakan sistem imun, bakteria usus 'buruk', dan sebab alam sekitar. Tidak ada penawar yang diketahui, tetapi gejala biasanya diuruskan dengan ubat-ubatan, seperti steroid, ubat sistem imun dan, jika perlu, pembedahan. Pada permulaan abad ini, satu jenis ubat baru yang dipanggil infliximab, yang tergolong dalam kategori ubat yang dikenali biologiks, menjadi tersedia dan mula digunakan secara meluas untuk rawatan Crohn.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui bagaimana infliximab dibandingkan dengan rawatan perubatan yang lain, atau rawatan dummy (plasebo), untuk mengekalkan tindak balas remisi atau rawatan dalam Crohn. Kami juga ingin mengetahui betapa selamatnya berbanding dengan rawatan yang lain.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari kajian rawak terkawal (kajian di mana peserta ditugaskan secara rawak ke salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan, dan boleh menunjukkan piawai bukti tertinggi) membandingkan infliximab dengan rawatan perubatan yang lain untuk orang dengan yang menghidap Penyakit Crohn. Kami hanya memasukkan kajian dengan pesakit dewasa. Kami tidak mempunyai sekatan dari segi seks, tempoh penyakit atau ubat-ubatan sebelumnya yang digunakan.
Apakah yang telah kami temui?
Kami mendapati sembilan kajian dengan 1257 peserta yang memenuhi kriteria kemasukan kami.
Infliximab dibandingkan dengan plasebo, analog purin (azathioprine dan/atau 6-mercaptopurine), biosimilar (ubat direka yang sangat mirip dengan infliximab), dan ubat biologik yang berbeza yang dipanggil adalimumab. Infliximab juga digabungkan dengan analog purin dan dibandingkan dengan analog purin sahaja, dan dua bentuk biosimilar yang berbeza dibandingkan antara satu sama yang lain.
Tiga kajian mempunyai peserta yang berada dalam remisi pada awal kajian, sementara enam yang lain mempunyai peserta dengan pelbagai tahap penyakit aktif yang telah bertindak balas terhadap rawatan sebelumnya dengan infliximab pada awal kajian.
Infliximab mungkin lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah pengulangan penyakit bagi pesakit yang telah menunjukkan tindak balas terhadap infliximab. Ia juga boleh lebih unggul daripada plasebo untuk mencegah kehilangan tindak balas pada pesakit dengan penyakit fistulasi. Ia boleh serupa dengan plasebo dari segi jumlah peristiwa sampingan buruk.
Infliximab yang digabungkan dengan analog purin mungkin lebih unggul daripada analog purin sahaja untuk mencegah pengulangan penyakit, baik secara klinikal dan endoskopik, untuk pesakit dalam remisi, yang telah menunjukkan tindak balas terhadap infliximab.
Infliximab mungkin serupa dengan biosimilar untuk mencegah pengulangan klinikal, dan mungkin sedikit lebih buruk dalam mencegah kehilangan tindak balas klinikal, bagi pesakit dengan penyakit aktif yang menunjukkan tindak balas terhadap infliximab. Infliximab mungkin lebih buruk daripada biosimilar dari segi penarikan diri akibat peristiwa sampingan buruk. Infliximab mungkin serupa dengan biosimilar untuk peristiwa sampingan buruk yang menyeluruh.
Kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan mengenai perbandingan atau kesan yang lain kerana kualiti bukti yang sangat rendah.
Apakah batasan bukti?
Kebanyakan bukti adalah berkualiti rendah dan sangat rendah. Ini kerana masalah dengan metodologi, kekurangan perancangan, bilangan peserta yang terhad, dan masalah dengan pelaporan data dalam kajian yang disertakan.
Sejauh manakah ulasan ini terkini?
Ulasan ini terkini sehingga Jun 2023.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertantuk sebarang perta. Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).