Parasetamol untuk sakit kanser

Kesimpulannya

Tiada bukti menunjukkan bahawa parasetamol adalah berguna dalam merawat penghidap sakit kanser, sama ada bersendirian atau bergabung dengan ubat seperti morfin. Juga, tiada bukti yang menyangkal bahawa parasetamol adalah berguna. Tidak ada kajian yang baik untuk menilai parasetamol dalam pengurusan kesakitan kanser.

Latar belakang

Seorang dalam dua atau tiga orang yang mendapat kanser akan mengalami kesakitan dengan intensiti yang sederhana atau teruk. Kesakitan akan menjadi lebih buruk apabila kanser merebak. Pada tahun 1986, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan pengambilan dadah seperti morfin (opioid) untuk kesakitan kanser yang sederhana hingga teruk, dan ubat yang bukan opioid seperti parasetamol sahaja untuk kesakitan yang ringan hingga sederhana, atau bersama-sama dengan opioids untuk kesakitan yang sederhana hingga teruk.

Ciri-ciri kajian

Dalam ulasan ini, penyelidik telah meneliti semua bukti mengenai cara parasetamol (bersendirian atau dengan ubat seperti morfin) bekerja dalam orang dewasa dan kanak-kanak dengan sakit kanser. Penyelidik juga ingin tahu jumlah orang yang mempunyai kesan sampingan, dan tahap keterukan kesan sampingan tersebut, contohnya, sama ada ubat-ubat tersebut menyebabkan pesakit untuk berhenti mengambil ubat tersebut.

Pada Mac 2017, penyelidik mendapati tiga kajian dengan 122 peserta. Semua membandingkan parasetamol dengan opioid dengan dos yang sama dengan opioid sahaja. Kajian-kajian tersebut adalah kecil dan berkualiti rendah. Mereka telah menggunakan reka bentuk kajian dan cara yang berbeza untuk menunjukkan keputusan kesakitan mereka. Hasil kepentingan untuk orang dengan kesakitan kanser adalah tidak dilaporkan.

Penemuan utama

Penyelidik mendapati bahawa tiada bukti yang menunjukkan pengambilan parasetamol sahaja boleh membuat sebarang perbezaan ke atas tahap kesakitan yang dialami. Penyelidik mendapati bahawa tiada bukti yang menunjukkan pengambilan parasetamol dengan ubat seperti morfin adalah lebih baik daripada ubat seperti morfin sahaja. Parasetamol tidak muncul untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Tidak ada kesimpulan yang boleh dicapai untuk kesan sampingan. Jumlah maklumat dan perbezaan dalam cara kajian yang dilaporkan bermakna bahawa kesimpulan tidak boleh dibuat.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah. Kualiti bukti yang amat rendah bermaksud penyelidik tidak pasti tentang impak parasetamol ke atas rawatan sakit kanser. Penyelidik tidak tahu sama ada menggunakan parasetamol sahaja, atau dalam kombinasi dengan opioid seperti codeine atau morfin, adalah berbaloi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University).). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd,JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information