Kesimpulannya
Tiada bukti yang berkualiti tinggi untuk membuktikan bahawa NSAID adalah berguna dalam merawat penghidap sakit kanser. Juga, tiada bukti yang menyangkal bahawa NSAIDs adalah berguna. Kualiti bukti yang sangat rendah menunjukkan bahawa sesetengah orang dengan kesakitan barah yang sederhana atau teruk mengalami kesakitan yang berkurangan dalam tempoh satu atau dua minggu.
Latar belakang
Seorang dalam dua atau tiga orang yang mendapat kanser akan mengalami kesakitan dengan intensiti yang sederhana atau teruk. Kesakitan akan menjadi lebih buruk apabila kanser merebak. Pada tahun 1986, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan ubat seperti morfin (opioid) untuk kesakitan kanser yang sederhana hingga teruk, dan ubat yang bukan opioid seperti NSAIDs sahaja untuk kesakitan yang ringan hingga sederhana, atau bersama-sama dengan opioids untuk kesakitan yang sederhana hingga teruk. Terdapat banyak jenis NSAID. NSAID yang lazim adalah ibuprofen dan diclofenac.
Ciri-ciri kajian
Dalam ulasan ini, kami telah meneliti semua bukti mengenai cara NSAIDs (tunggal atau dengan ubat seperti morfin) bekerja dalam orang dewasa dan kanak-kanak dengan sakit kanser. Kami juga ingin tahu berapa ramai orang mempunyai kesan sampingan, dan sebagaimana terukkah mereka.
Pada April 2017, kami mendapati 11 kajian dengan 949 peserta. Mereka berbanding NSAID dengan NSAID, atau NSAID dengan ubat opioid (morfin atau codeine). Tiada kajian melihat kepada penggunaan NSAID bersama-sama dengan morfin seperti opioid, iaitu bagaimana mereka sering digunakan. Kajian adalah kecil dan berkualiti rendah. Mereka telah menggunakan reka bentuk dan cara yang berbeza untuk menunjukkan keputusan kesakitan mereka. Hasil kepentingan untuk orang dengan kesakitan kanser adalah tidak dilaporkan. Banyak NSAIDs telah diuji dan adalah tidak mungkin untuk membuat perbandingan yang wajar.
Keputusan utama
Dengan satu NSAID, kesakitan barah yang sederhana atau teruk pada mulanya dikurangkan kepada tidak lebih buruk daripada kesakitan ringan daripada selepas satu atau dua minggu dalam 1 dalam 4 (26%) hingga 1 dalam 2 (51%) orang di empat ujikaji.
Laporan kesan sampingan adalah sedikit Dua kesan sampingan yang serius dilaporkan dengan NSAID, dan 22 kematian, tetapi ini tidak berkaitan dengan rawatan kesakitan. Kesan-kesan sampingan yang biasa adalah dahaga/mulut kering (1 dalam 7; 15%), kehilangan selera makan (1 dalam 7; 14%), mengantuk (1 dalam setiap 10; 11%), dan pedih ulu hati (1 dalam setiap 10; 11%). Satu dalam empat orang berhenti mengambil NSAID kerana ubat tidak berfungsi, dan 1 dalam 20 berhenti kerana kesan sampingan.
Kualiti bukti
Kualiti bukti adalah sangat rendah. Kualiti bukti yang amat rendah bermaksud kami tidak pasti tentang impak NSAIDs semata-mata ke atas rawatan sakit kanser. Kita tidak tahu sama ada menggunakan NSAID bersama-sama dengan opioid seperti codeine atau morfin adalah berbaloi.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.