Mesej utama
Terdapat data yang terlalu terhad untuk menilai manfaat dan risiko terapi sawan magnetik (MST) untuk penghidap skizofrenia.
Lebih banyak kajian baik akan diperlukan untuk meneliti perkara ini.
Apakah skizofrenia?
Skizofrenia adalah salah satu gangguan mental yang paling biasa dan melumpuhkan. Penghidap skizofrenia mungkin mengalami kesukaran menjalani kehidupan normal akibat penyakit itu, yang mungkin termasuk kepercayaan yang terpesong walaupun realiti, mendengar suara yang dicipta oleh fikiran mereka dan tidak berminat untuk menjaga orang lain atau diri mereka sendiri.
Mengapakah ini penting bagi penghidap skizofrenia?
Kebanyakan penghidap skizofrenia menerima rawatan antipsikotik. Bagi sesiapa yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap antipsikotik atau ingin menggunakan rawatan alternatif, terapi electroconvulsive (ECT) boleh menjadi pilihan yang berkesan dan selamat. Terapi ini menyebabkan sawan pada orang yang dibius oleh arus elektrik yang dikenakan pada otak; dengan cara ini, gejala psikotik bertambah baik atau lega. Walau bagaimanapun, ECT mempunyai kesan sampingan seperti kehilangan ingatan sementara, dan kekeliruan selepas rawatan, yang mengehadkan penggunaannya. Terapi sawan magnetik ialah salah satu daripada teknik stimulasi otak bukan invasif novel, yang berfungsi seperti ECT dengan mendorong sawan, namun bukan dengan arus elektrik tetapi dengan medan tenaga magnet, yang secara teorinya akan menyebabkan kurang risiko kehilangan ingatan atau kekeliruan selepas rawatan.
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin tahu sama ada MST membantu penghidap skizofrenia.
Kami berminat dengan:
- bilangan orang yang mengalami gejala bertambah baik;
- bilangan orang yang mengalami gangguan fungsi kognitif;
- bilangan orang yang mempunyai kesan sampingan yang penting secara klinikal.
What did we do?
Kami mencari kajian yang menyiasat kesan MST berbanding mana-mana rawatan lain untuk penghidap skizofrenia.
Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami dapati?
Keputusan utama
Kami menemui satu kajian rawak terkawal jangka pendek (RCT) dengan 79 orang dewasa yang memenuhi keperluan ulasan. Ia membandingkan MST dan penjagaan standard kepada ECT dan penjagaan standard. Penemuan kami adalah berdasarkan data yang sangat terhad. Kami mendapati bahawa MST dan ECT mungkin setanding dalam memperbaiki keadaan global penghidap skizofrenia, dan dalam memperbaiki gejala keseluruhan, positif dan negatif skizofrenia. MST boleh menyebabkan kurang defisit ingatan tertangguh dan kurang kemerosotan kognitif dan boleh memperbaiki fungsi kognitif berbanding ECT. Mungkin tiada perbezaan antara kedua-dua kumpulan dari segi meninggalkan kajian awal kerana sebarang sebab, kesan buruk, atau ketidakberkesanan. Kami tidak dapat membuat kesimpulan sama ada MST berguna atau selamat untuk penghidap skizofrenia berdasarkan data terhad. RCT yang direka dengan baik adalah wajar untuk menjawab soalan.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti adalah terkini sehingga 06 Mac 2022.
Diterjemah oleh Ch’ng Chyi Yang (RUMC). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my