Patutkah sten diletakkan selepas penyingkiran batu karang?

Soalan ulasan

Bagaimana perletakan sten (tiub plastik kecil di dalam ureter) berbanding tidak menggunakan sten untuk pesakit dengan batu karang dalam buah pinggang atau tiub yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang telah dikeluarkan dari dalam oleh ureteroskop (skop yang sangat nipis) ?

Latar belakang

Pakar urologi menggunakan skop kecil dan alat lain untuk mencari, memecahkan, dan mengeluarkan batu karang. Selepas itu, bengkak dan penyumbatan ureter boleh menyebabkan ketidakselesaan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, pakar urologi sering meninggalkan sten sementara. Adalah tidak jelas sama ada sten membuat keadaan lebih baik atau lebih teruk.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 23 kajian dengan 2656 orang yang mempunyai stent atau tidak. Sama ada mereka menerima sten atau tidak telah ditentukan secara kebetulan.

Keputusan-keputusan utama

Sten boleh membuat orang kurang kerap kembali ke hospital untuk masalah, tetapi kami tidak pasti tentang penemuan ini. Sakit pada hari pembedahan dan pada hari pertama hingga ketiga selepas pembedahan mungkin sama. Orang dengan sten mungkin lebih sakit dalam jangka masa panjang (hari keempat hingga 30), tetapi kami juga tidak pasti mengenai perkara ini. Keperluan untuk prosedur lain mungkin sama.

Orang dengan sten mungkin kurang cenderung memerlukan narkotik (ubat penahan sakit yang kuat yang boleh menyebabkan ketagihan), tetapi kami sangat tidak pasti mengenai hal ini. Mungkin tiada perbezaan dalam risiko jangkitan saluran kencing. Sten mungkin membuat orang kurang cenderung untuk penyempitan ureter akibat parut dan mungkin membuat mereka kurang cenderung untuk dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, kami sangat tidak pasti tentang dapatan-dapatan ini.

Kepastian bukti

Kepastian bukti berkisar berjulat sederhana hingga sangat rendah bergantung kepada hasil, yang bermaksud kami berkeyakinan sederhana, rendah, atau sangat rendah dalam keputusan-keuptusan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information