Penilaian Geriatrik Komprehensif untuk warga emas dalam komuniti yang berisiko untuk mendapat hasil kesihatan yang buruk

Dengan peningkatan jangka hayat di seluruh dunia, terdapat keperluan yang mendesak untuk megetahui cara yang berbeza untuk menerokai penjagaan kesihatan yang sesuai kepada orang tua yang memerlukannya dalam persekitaran yang paling sesuai. Lebih ramai orang tua kini hidup dengan kelemahan, sindrom klinikal yang dicirikan oleh kerentanan kepada hasil kesihatan yang buruk termasuk kematian awal, kemasukan ke rumah jagaan atau kehilangan kehidupan yang berdikari.

Kami ingin mengetahui sama ada penjagaan tersusun dan terkoordinasi yang disampaikan oleh profesional penjagaan kesihatan seperti doktor, jururawat atau ahli terapi yang mempunyai kepakaran dalam menjaga orang yang lemah, warga emas (dikenali sebagai Penilaian Geriatrik Komprehensif, atau CGA) meningkatkan peluang mereka untuk hidup, dan masih tinggal dalam komuniti (bukannya di rumah jagaan orang tua) jika dibandingkan dengan penjagaan biasa orang tua yang diterima oleh masyarakat yang tinggal dalam komuniti dan lemah. Kami juga ingin mengetahui sama ada CGA mengurangkan kemungkinan kemasukan ke hospital atau melawat ke jabatan kecemasan dan kesan CGA yang mungkin ada pada tahap fungsi dan kualiti hidup orang tua.

CGA dijalankan di rumah orang tua sendiri atau persekitaran lain dalam komuniti, dan disampaikan oleh pasukan penjagaan kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan perubatan orang tua. Kami mencari kajian yang membandingkan penjagaan berdasarkan CGA dengan penjagaan perubatan biasa yang diterima oleh orang tua dalam komuniti.

Penulis ulasan mendapati 21 kajian berkaitan memberikan maklumat tentang 7893 warga emas yang lemah merentasi 10 negara dan empat benua. Ulasan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, orang tua yang menjalani rawatan perubatan CGA berbanding biasa tidak mempunyai risiko kematian yang jauh lebih rendah.

Walaupun peluang untuk dimasukkan ke rumah jagaan nampaknya tidak berubah, terdapat bukti berkualiti rendah yang menunjukkan kemungkinan terdapat risiko yang lebih rendah untuk dimasukkan ke hospital dikalangan orang yang menerima CGA.

Walaupun CGA nampaknya tidak menjejaskan keperluan untuk melawat ke jabatan kecemasan atau jatuh, terdapat kajian yang tidak mencukupi untuk kami membuat sebarang kesimpulan.

Kami mencari kajian-kajian sehingga April 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Cheryl Chan Zhi Ying (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disuntimg oleh Chan Mei Wai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information