Perkara asas
Mirtazipine pada 15 mg ke 45 mg harian tidak berkemungkinan besar untuk mengurangkan sakit dengan banyak dalam pesakit dengan fibromyalgia. Mirtazapine boleh menyebabkan pening, peningkatan berat badan, dan kerosakan hati. Sebilangan kecil pesakit mungkin mendapat sesetengah penambahbaikan (kelegaan sakit sederhana, tidur yang lebih baik) tanpa kesan sampingan daripada mirtazapine, tetapi itu tidak boleh diramalkan. Penggunaan tanpa label mirtazapine boleh dipertimbangkan, sekiranya pilhan rawatan lazim gagal.
Latar belakang
Orang dengan fibromyalgia sering mengalami kesakitan kronik (lebih daripada 3 bulan) yang meluas, serta masalah tidur, pemikiran, keletihan dan kualiti hidup rendah. Tiada penawar wujud untuk fibromyalgia. Rawatan bertujuan menambahbaikkan simptom (sakit, masalah tidur, keletihan) dan kualiti hidup.
Serotonin dan noradrenalin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh manusia, yang terlibat dalam kawalan sakit, tidur dan emosi. Tahap serotonin yang rendah didapati dalam pesakit dengan fibromyalgia. Antidepresan tersebut, mirtazapine, meningkatkan tahap serotonin dan noradrenalin dalam otak.
Ciri-ciri kajian
Pada Julai 2018, kami mencari kajian klinikal di mana mirtazapine digunakan untuk merawat fibromyalgia dalam orang dewasa. Kami menjumpai tiga kajian dengan 606 peserta. Kajian dijalankan antara tujuh sehingga 13 minggu. Mereka membandingkan mirtazapine 15mg ke 45 mg harian dengan ubat palsu (plasebo).
Keputusan utama
Tiada perbezaan antara mirtazapine dan plasebo untuk sebarang hasil utama; mirtazapine dan plasebo mengurangkan sakit sebanyak 50% dalam dua daripada 10 pesakit (bukti berkualiti rendah). Hanya satu kajian sampingan serius yang sedia ada untuk penilaian keselamatan (bukti berkualiti sangat rendah). Tiga daripada 10 peserta dengan mirtazapine dan dua daripada 10 peserta dengan plasebo meninggalkan kajian akibat kesan sampingan (bukti berkualiti rendah).
Mirtazapine mengurangkan sakit sebanyak 30% atau lebih dalam lima daripada 10 pesakit, berbanding dengan tiga daripada 10 dengan plasebo (bukti berkualiti rendah). Ia juga lebih bagus untuk intensiti kesakitan purata (bukti berkualti rendah) dan masalah tidur (bukti berkualiti rendah). Mirtazapine tidak lebih baik daripada plasebo dalam mengurangkan keletihan, kemurungan, atau meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (bukti berkualiti rendah). Mirtazapine dan plasebo tidak berbeza dalam berapa banyak peserta yang mengalami kesan sampingan (bukti berkualti rendah). Pesakit meninggalkan kajian pada kadar yang sama dengan mirtazapine dan plasebo atau kerana mereka merasa ubat tersebut tidak berkesan (bukti berkualiti rendah). Untuk sesetengah kesan sampingan, mirtazapine adalah lebih teruk daripada plasebo. Ini adalah betul untuk pening (4 daripada 10 dengan mirtazapine, 1 daripada 10 dengan plasebo), peningkatan berat badan (2 daripada 10 dengan mirtazapine, 0 daripada 10 dengan plasebo), dan enzim hati tinggi (1 daripada 10 dengan mirtazapine, 0 daripada 10 dengan plasebo) (bukti berkualiti rendah).
Kualiti bukti
Dua daripada kajian adalah berkualiti rendah. Kami telah menilai kualiti bukti menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi. Bukti berkualiti sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud bahawa kami sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut. Kami telah menilai bahawa kebanyakan bukti adalah berkualiti rendah, yang bermaksud bahawa walaupun penyelidikan memberikan sesetengah indikasi mengenai kesan, kesan sebenar mungkin berbeza dengan ketara. Isu penting adalah kualti kajian rendah, keputusan mengenai jenis pesakit yang dimasukkan dalam kajian, risiko maklumat penting tidak diterbitkan, dan kadang-kadang bilangan kejadian yang rendah.
Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern ((Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.