Mengapakah ulasan in penting?
Seseorang yang mengalami penyakit kecelaruan panik sangat terjejas oleh keadaan ini, selalunya mengalami cabaran dengan pekerjaan, pendidikan dan kehidupan sosial atau keluarga. Kami ingin menilai sekiranya ada, ubat - ubatan, yang paling berkesan dan selamat. Secara khususnya, kami menyasarkan untuk menilai sama ada penemuan oleh rangkaian meta-analisis adalah cukup sahih dalam mengenal pasti ubat terbaik, dalam meningkatkan mutu penjagaan. Analisis - analisis ini juga telah menghasilkan cadangan untuk penyelidikan pada masa hadapan untuk mengurangkan ketidakpastian utama dalam bukti.
Siapa yang akan berminat dalam penyelidikan ini?
Penyelidikan dalam Cochrane Review ini akan menarik minat:
‐ Mereka yang membuat dasar, dan mempengaruhi keputusan tentang preskripsi ubat untuk penyakit kecelaruan panik;
‐ Mereka yang menetapkan penggunaan ubat ini kepada mereka yang mengalami penyakit kecelaruan panik;
‐ Mereka yang mengalami penyakit kecelaruan panik;
‐ Mereka yang menyokong dan menjaga mereka (yang mengalami penyakit kecelaruan panik).
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui sejauh mana ubat-ubatan antidepresan, benzodiazepin dan azapirone berfungsi untuk memperbaiki penyakit kecelaruan panik pada orang dewasa (iaitu orang yang berumur 18 tahun atau lebih).
Kami ingin mengetahui bagaimana ubat-ubatan ini mempengaruhi:
‐ gejala penyakit kecelaruan panik;
- keciciran daripada pengajian, sebagai ukuran kesan sampingan ubat;
‐ pemulihan: tidak lagi memenuhi kriteria diagnostik untuk penyakit kecelaruan panik;
- tindak balas atau remisi: skor pada skala menunjukkan kadar penurunan yang penting dalam kemurungan atau tidak lagi mengalami kemurungan;
- pengurangan kekerapan serangan panik;
- pengurangan agoraphobia (perasaan takut berada dalam situasi di mana sukar untuk melarikan diri atau takut tidak menerima bantuan jika berlaku masalah).
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami melakukan pencarian dalam pangkalan data elektronik dan senarai kajian - kajian berdaftar untuk mencari semua kajian yang berkaitan. Kami hanya melibatkan kajian rawak terkawal (sejenis kajian di mana peserta diletakkan dalam kumpulan rawatan secara rawak) yang membandingkan rawatan dengan antidepresan, benzodiazepin dan plasebo pada orang dewasa yang mempunyai diagnosis penyakit kecelaruan panik dengan atau tanpa agorafobia. Kami hanya melibatkan kajian di mana pesakit dan doktor tidak mengetahui jenis rawatan yang mereka terima. Kami memasukkan 70 kajian dengan 12,703 peserta di dalam ulasan ini. Tarikh carian kami ialah 26 Mei 2022.
Apakah bukti daripada ulasan ini yang telah ditunjukkan kepada kami?
- Kami mendapati bahawa kebanyakan ubat mungkin lebih berkesan dalam hasil tindak balas apabila dibandingkan dengan plasebo. Secara khususnya, diazepam, alprazolam, clonazepam, paroxetine, venlafaxine, clomipramine, fluoxetine dan adinazolam menunjukkan kesan yang paling kuat. Selain itu, kebanyakan ubat sama ada dikaitkan dengan pengurangan risiko keciciran atau mempunyai risiko yang serupa dengan plasebo. Alprazolam dan diazepam dikaitkan dengan kadar keciciran yang lebih rendah daripada plasebo dan disenaraikan sebagai ubat yang paling mudah diterima bila dibandingkan dengan ubat-ubatan yang lain.
- Kebanyakan ubat-ubatan mungkin lebih berkesan daripada plasebo dalam meredakan gejala penyakit kecelaruan panik dan terbukti secara klinikal. Dari segi pengurangan skor pada skala panik, brofaromine, clonazepam dan reboxetine menunjukkan pengurangan paling banyak dalam gejala panik berbanding plasebo, tetapi keputusan berdasarkan pada satu kajian atau kajian yang sangat kecil. Dari segi kekerapan hasil serangan panik, hanya clonazepam dan alprazolam menunjukkan pengurangan yang banyak dalam kekerapan serangan berbanding plasebo. Pengurangan paling banyak dalam gejala agoraphobia dijumpai dengan penggunaan citalopram, reboxetine, escitalopram, clomipramine dan diazepam, berbanding plasebo.
- Jika kita mempertimbangkan kelas ubat-ubatan bersama-sama (selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), serotonin-norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs), tricyclic antidepressants (TCAs), mono-amine oxidase inhibitors (MAOIs) dan benzodiazepines), semua kelas ubat-ubatan diperiksa adalah lebih berkesan daripada plasebo. Ubat ubatan kelas TCA adalah disenaraikan sebagai ubat - ubatan paling berkesan, diikuti oleh benzodiazepin dan ubat-ubatan kelas MAOI. Ubat-ubatan kelas SSRI dikategorikan sebagai pilihan kelima secara umumnya, manakala, ubat-ubatan kelas SNRI dikategorikan sebagai kelas terakhir.
- Jika kelas ubat-ubatan ini dibandingkan antara satu sama lain untuk hasil tindak balas, tiada perbezaan yang ditemui antara kelas. Untuk hasil kadar keciciran, benzodiazepin adalah satu-satunya kelas yang dikaitkan dengan keciciran yang lebih rendah daripada plasebo, dan mereka disenaraikan sebagai pilihan pertama dari segi toleransi. Kelas ubat-ubatan yang lain tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam kadar keciciran berbanding plasebo.
- Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa, walaupun kualiti kajian yang membandingkan antidepresan dengan plasebo boleh diterima, kualiti kajian yang membandingkan benzodiazepin dengan plasebo dan antidepresan adalah rendah. Ini mungkin mengehadkan kepastian keputusan kami.
- Kajian kami mempunyai kekurangan kerana ia berdasarkan kajian-kajian jangka pendek.
Apa yang sepatutnya berlaku selepas ini?
- Hampir semua kajian yang diperiksa dalam rangkaian meta-analisis ini adalah kajian jangka pendek. Bagi benzodiazepin, terdapat banyak perdebatan tentang sama ada ia boleh digunakan dalam jangka panjang memandangkan kecenderungan mereka untuk penyalahgunaan dan kemungkinan risiko toleransi. Lebih banyak kajian tentang kesan jangka panjang (jangka masa lebih lama daripada lapan minggu dan mungkin sehingga satu tahun) diperlukan.
- Adalah penting untuk menilai secara sistematik keberkesanan ubat - ubatan berbanding terapi bercakap, mungkin dalam rangkaian meta-analisis. Data untuk kemurungan menunjukkan bahawa psikoterapi boleh membawa kepada kesan yang lebih kekal dan berterusan. Perkara yang sama mungkin berlaku pada penyakit keresahan pada umumnya dan khasnya pada penyakit kecelaruan panik dan ini perlu disiasat.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).