Apakah matlamat ulasan ini?
Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada peranti yang menyalir dari ruang hadapan mata (ruang anterior) ke permukaan mata di bawah lapisan permukaan (ruang subkonjunktiva) yang dikenali sebagai peranti glaukoma invasif minima berkesan dalam mengurangkan tekanan dalam mata dalam kalangan orang dengan glaukoma tidak dikawal secukupnya oleh titisan. Penulis Ulasan Cochrane telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, namun tidak menemui kajian yang lengkap dan satu kajian sedang berlangsung.
Mesej utama
Tiada kajian relevan diterbitkan yang membandingkan peranti saliran glaukoma invasif minima subkonjunktiva dengan rawatan lain.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Glaukoma adalah penyebab utama buta yang tidak dapat dipulihkan. Dalam glaukoma, saraf optik di bahagian belakang mata rosak, yang mana kebanyakan kes adalah kerana tekanan di dalam mata yang terlalu tinggi. Doktor boleh menurunkan tekanan mata dengan pembedahan. Peranti saliran glaukoma invasif minima subkonjunktiva boleh mengurangkan trauma pembedahan ini, yang mana lebih selamat berbanding pembedahan standard dan lebih selesa bagi orang dengan tempoh pemulihan visual yang lebih cepat.
Apakah keputusan utama ulasan ini?
Penulis Ulasan Cochrane tidak menemui kajian yang lengkap yang boleh disertakan dalam ulasan ini.
Adakah ulasan ini mutakhir?
Penulis Ulasan Cochrane mencari kajian-kajian yang diterbitkan hingga 10 Julai 2018.
Diterjema oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca Siswazah, IMMB, Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my