Adakah embolisasi transarterial (kemoterapi) lebih baik berbanding dengan kemoterapi sistemik untuk merawat kanser usus yang telah merebak kepada hati?

Mesej utama

- Kemoembolisasi transarterial (singkatan sebagai TACE) ialah kaedah untuk memusnahkan sel kanser dengan memberikan ubat-ubatan antikanser dan manik kecil yang menghalang bekalan darah kepada tumor secara langsung atau memberikan manik yang telah dilapis dengan ubat antikanser. TACE boleh mengurangkan kematian dibandingkan dengan ubat antikanser yang diberikan dengan suntikan ke dalam saluran darah yang bergerak ke sel-sel seluruh badan (dikenali sebagai kemoterapi sistemik), tetapi bukti itu sangat kurang pasti. TACE boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap masa sehingga kematian, kesan-kesan yang tidak diingini, kualiti hidup, tempoh masa orang bertahan tanpa kanser menjadi semakin teruk, dan perubahan saiz tumor, tetapi bukti adalah sangat kurang pasti.

- Kami menjumpai tiada kajian yang telah menilai kaedah yang lain untuk pemusnahan sel-sel kanser yang dikenali sebagai embolisasi transarterial (yang serupa dengan TACE dalam manik kecil yang disuntik tetapi berbeza dari segi tiada ubat-ubatan antikanser yang telah diberikan; singkatan sebagai TAE) dibandingkan dengan kemoterapi sistemik.

- Kajian yang lanjut diperlukan disebabkan kami hanya menemui tiga kajian kecil dan keyakinan kami terhadap keputusan tersebut adalah terhad. Kajian-kajian baru mungkin memberikan bukti tambahan dan mengubahkan keputusan dan keyakinan kami terhadapnya.

Apakah metastasis?

Metastasis ialah pertumbuhan kanser baru yang telah merebak ke bahagian badan yang berlainan dari tapak kanser asal (kadang-kadang dikenali sebagai sekunder). Salah satu tapak yang paling biasa untuk kanser kolorektal (usus) adalah hati.

Bagaimanakah metastasis dirawat?

Terdapat beberapa cara yang berlainan untuk merawat metastasis hati. Kami berminat untuk membandingkan tiga kaedah; embolisasi transarterial (singkatan sebagai TACE), embolisasi transarterial (singkatan sebagai TAE), dan kemoterapi sistemik.

TACE melibatkan suntikan sejenis ubat antikanser dan suntikan manik kecil secara terus ke dalam saluran darah (arteri hepatik) yang memberi bekalan kepada tumor atau menggunakan manik yang telah disalut dengan ubat antikanser. Ubat antikanser adalah toksik dan manik menyekat saluran darah kepada tumor, jadi sesetengah sel-sel tumor mati. Bahagian hati yang lain tetap hidup disebabkan mereka menerima bekalan darah terutamanya daripada saluran darah berbeza (vena portal).

TAE adalah sama dengan TACE di mana suntikan manik kecil diberikan untuk menyekat saluran darah tetapi berbeza disebabkan tiada ubat-ubatan antikanser telah diberikan.

Kemoterapi sistemik ialada di mana ubat-ubatan antikanser telah diberikan melalui saluran darah di bahagian belakang tangan atau lengan bawah (biasanya) supaya mereka bergerak ke, dan menjejaskan, kesemua sel-sel di dalam badan.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada TACE atau TAE adalah lebih baik berbanding dengan kemoterapi sistemik dengan melihat kepada kematian, berapa lama orang bertahan, berapa kerap kanser kembali dan berkembang (menjadi teruk), bagaimana baik rawatan mempengaruhi perasaan orang, dan sekiranya mempunyai kesan-kesan yang tidak diingini.

Apa yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang membandingkan TACE atau TAE berbanding dengan kemoterapi sistemik dalam orang dengan kanser usus yang telah merebak ke hati.

Apakah yang kami temui?

Kami telah menemui tiga kajian kecil dengan 238 orang dengan metastasis sahaja atau terutamanya di dalam hati yang membandingkan TACE dengan kemoterapi sistemik. Ia tidak mungkin untuk menyingkirkan kanser dengan pembedahan. Kajian tidak melaporkan butiran tentang dana. Kami tidak menemui kajian yang membandingkan TAE dengan kemoterapi sistemik dalam orang dengan metastasis hati kanser kolorektal.

TACE dibandingkan dengan kemoterapi sistemik boleh mengurangkan kematian, tetapi bukti adalah tidak pasti (3 kajian, 234 orang). Kira-kira 79 daripada 100 orang meninggal dunia dengan TACE dibandingkan dengan 92 daripada 100 orang dengan kemoterapi sistemik.

Satu kajian yang kecil (70 orang) yang telah melaporkan masa sehingga kematian, tetapi kami sangat kurang pasti tentang keputusan tersebut. Orang yang telah menerima TACE telah bertahan selama 22 bulan, sementara orang yang telah menerima kemoterapi sistemik telah bertahan selama 15 bulan.

Dalam satu kajian kecil (70 orang), orang yang telah mempunyai TACE mempunyai masa yang lebih panjang sebelum kanser menjadi lebih teruk di hati (tujuh bulan) dibandingkan dengan mereka yang telah menerima kemoterapi sistemik (empat bulan), tetapi kami sangat kurang yakin tentang keputusan tersebut.

Kami sangat kurang yakin tentang kesan-kesan TACE dibandingkan dengan kemoterapi sistemik semasa melihat kepada perubahan saiz dan kesan-kesan yang tidak diingini disebabkan metastasis.

Tidak ada maklumat tentang kemungkinan kematian secara khusus disebabkan oleh kanser, bahagian orang yang meninggal dunia atau hidup dengan penyakit yang semakin teruk, dan perulangan (kembali) metastasis hati.

Apakah batasan bukti?

Keyakinan kami dalam keputusan adalah terhad disebabkan tiada kajian telah melaporkan kaedah-kaedah mereka dengan jelas. Ia adalah kurang jelas sama ada penyelidik, staf penjagaan kesihatan, dan orang yang mengambil bahagian dalam kajian tahu tentang apa rawatan yang telah diterima. Bukan semua kajian memberikan data tentang semua yang kami minati. Kesemua ini boleh mempengaruhi keputusan-keputusan tersebut.

Lebih banyak kajian diperlukan, yang mungkin mengubah keputusan-keputusan tersebut.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 4 April 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information