Pengguguran menngunakan ubatan dan pembedahan bagi wanita yang hidup dengan HIV (mengidap HIV)

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti-bukti yang berkaitan dengan keselamatan dan kejayaan pengguguran menggunakan ubatan dan pembedahan di kalangan wanita yang hidup dengan HIV. Soalan utama kami adalah: Adakah terdapat perbezaan dari segi keselamatan dan kejayaan pengguguran menggunakan ubatan berbanding pengguguran pembedahan bagi wanita yang hidup dengan HIV? Soalan berkaitan kami ialah: (1) Adakah hasil pengguguran menggunakan ubatan dan pembedahan berbeza antara wanita yang hidup dengan HIV dan wanita tanpa HIV?; dan (2) Apakah hasil pengguguran menggunakan ubatan dan pembedahan yang telah dilaporkan bagi wanita yang hidup dengan HIV?

Latar Belakang

Garispanduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk pengguguran yang selamat mengesyorkan pengguguran menggunakan ubatan dengan mifepristone dan misoprostol atau pengguguran pembedahan dengan aspirasi vakum atau dilatasi dan fetus dikeluarkan secara manual keluar sebagai pilihan yang selamat dan berjaya untuk wanita. Walau bagaimanapun, garispanduan tidak membuat pertimbangan klinikal yang khusus bagi wanita yang hidup dengan HIV.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga 17 April 2018. Daripada 3840 rekod yang telah disaring, kami mengenalpasti hanya satu kajian yang tidak ada penerbitan yang memenuhi kriteria kemasukan kami. Intervensi tertumpu kepada wanita yang mempunyai HIV di Ukraine yang menjalani pengguguran menggunakan ubatan di rumah.

Keputusan utama

Kualiti bukti adalah rendah, tetapi mendapati pengguguran perubatan telah berjaya tanpa komplikasi major dikalangan wanita yang hidup dengan HIV.

Kualiti bukti

Hasil daripada kajian ini tidak memberikan bukti yang cukup untuk menentukan jika terdapat perbezaan dari segi hasil pengguguran bagi wanita yang hidup dengan HIV, tetapi juga tiada bukti dijumpai yang menunjukkan pengguguran adalah tidak selamat dikalangan populasi ini. Oleh kerana ianya penting bagi semua wanita untuk mempunyai akses kepada pengguguran yang selamat bagi memerangi ancaman kesihatan kadar kematian maternal yang tinggi, pemberi penjagaan kesihatan hendaklah tidak dihalang dari penyediaan akses kepada pengguguran yang selamat kepada pesakit-pesakit mereka yang hidup dengan HIV.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information