Peranti pemindahan ubat sistem tertutup untuk mengurangkan pendedahan kepada ubat-ubatan infusi berbahaya di kakitangan penjagaan kesihatan

Sesetengah ubat - sama ada diberikan sebagai tablet atau titisan melalui urat - adalah berbahaya kepada kakitangan penjagaan kesihatan yang mengendalikannya. Pesakit menerima ubat infusi berbahaya melalui urat sebagai rawatan untuk penyakit serius seperti kanser. Apabila kakitangan penjagaan kesihatan terdedah kepada ubat-ubatan ini, mereka akan mengurangkan kesuburan dan menyebabkan keguguran, kelahiran mati, dan kanser. Beberapa amalan yang disyorkan boleh mengurangkan pendedahan kakitangan kesihatan kepada ubat-ubatan berbahaya ini. Ini termasuk pakaian pelindung, sarung tangan, dan kabinet khas di mana kakitangan boleh menyediakan ubat-ubatan berbahaya sebelum memberikannya kepada pesakit. Bersama-sama, amalan ini merupakan 'pengendalian yang selamat'. Peranti pemindahan ubat sistem tertutup (CSTD) adalah sistem peranti yang secara mekanikal mencegah pelarian ubat berbahaya di luar sistem. Di samping itu, sistem ini juga berusaha untuk mencegah pencemaran mikrobiologi ubat, yang berpotensi kemungkinkan penggunaan semula botol multi-dos (bekas ubat yang telah dirancang sedemikian rupa sehingga ubat-ubatan di dalam wadah dapat digunakan berkali-kali dan untuk beberapa pesakit) dan mengurangkan kos.

Apakah tujuan ulasan ini?

Terdapat ketidakpastian yang ketara sama ada menggunakan CSTD sebagai tambahan kepada pengendalian yang selamat mengurangkan pendedahan dan risiko pencemaran kakitangan terhadap ubat-ubatan berbahaya berbanding dengan pengendalian yang selamat sahaja dan sama ada CSTD boleh menyebabkan penjimatan kos dengan membenarkan penggunaan semula botol multi-dos yang lebih baik. Kami berusaha menyelesaikan masalah ini dengan mencari kajian-kajian yang sedia ada tentang topik ini.

Mesej-mesej utama

Hasil kesihatan jangka pendek atau jangka panjang tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian. Kami menemui bukti kualiti yang sangat rendah (bukti terbaik yang ada sekarang) bahawa tidak ada perbezaan yang ketara dalam pendedahan antara CSTD ditambah pengendalian yang selamat berbanding pengendalian yang selamat sahaja. Kami juga menjumpai bukti kualiti yang sangat rendah (bukti terbaik yang ada sekarang) bahawa tidak ada kesan CSTD yang besar terhadap peratusan permukaan yang tercemar dan jumlah pencemaran di farmasi dan kawasan rawatan pesakit bagi kebanyakan ubat walaupun terdapat sedikit kesan terhadap pencemaran untuk satu ubat daripada 24 yang dikaji dan jumlah pencemaran ubat untuk dua ubat daripada 15 yang dikaji. Oleh itu, tidak ada kesimpulan yang tegas mengenai kesan CSTD ditambah pengendalian yang selamat berbanding pengendalian yang selamat sahaja kerana bukti kualiti yang sangat rendah tersedia. Oleh kerana kebanyakan kajian dilakukan pada juruteknik farmasi dan ahli farmasi dan CSTD yang digunakan adalah PhaSeal, bukti tersebut berlaku terutama untuk juruteknik farmasi dan ahli farmasi, dan untuk PhaSeal.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Kami termasuk semua jenis kajian yang membandingkan CSTD dengan pengendalian yang selamat ('kumpulan CSTD') dan pengendalian yang selamat sahaja ('kumpulan kawalan').

Apakah hasil-hasil utama ulasan ini?

Kami memasukkan 24 kajian (359 hospital) dalam ulasan ini, tiada yang menggunakan reka bentuk kajian piawaian emas (kajian rawak terkawal) atau meneroka nilai wang untuk rawatan. Dalam 22 kajian, orang yang menggunakan CSTD dan pengendalian yang selamat adalah ahli farmasi atau juruteknik farmasi. Sembilan belas kajian menyediakan maklumat yang boleh dimasukkan untuk kajian ini.

Tidak ada kesimpulan yang tegas mengenai kesan penggunaan CSTD terhadap langkah-langkah pendedahan tidak langsung seperti kehadiran ubat berbahaya dalam air kencing profesional kesihatan atau pencemaran permukaan atau lantai.

Terdapat perbezaan yang ketara antara kajian dari segi penggunaan CSTD yang menghasilkan penjimatan kos, dengan beberapa kajian melaporkan kenaikan kos dan yang lain melaporkan penurunan kos setelah memperkenalkan CSTD. Tiada kajian yang melapurkan hasil kesihatan jangka pendek atau jangka panjang seperti pengurangan ruam kulit, ketidaksuburan, keguguran, perkembangan sebarang jenis kanser, atau peristiwa buruk.

Kami menilai kepastian bukti untuk semua hasil sangat rendah kerana semua kajian mempunyai satu atau lebih batasan yang penting dalam reka bentuknya. Oleh itu, kesan intervensi yang dilaporkan tidak dapat dipastikan.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?

Kami mencari kajian sehingga 26 Oktober 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information