Soalan ulasan
Kami ingin melihat jika terdapat mana-mana intervensi yang menggunakan komputer dan teknologi mudah alih (contoh: telefon bimbit, Internet) yang akan membantu pesakit menguruskan talasemia mereka dengan lebih baik dan lebih mematuhi terapi pengkelatan zat besi mereka.
Latar belakang
Penghidap talasemia, yang menerima transfusi darah secara berkala terdedah kepada lebihan zat besi di dalam badan. Ini boleh menyebabkan komplikasi perubatan, termasuk kerosakan organ dan kematian. Beberapa jenis ubat digunakan untuk membuang lebihan besi dalam badan, tetapi jadual perawatan agak sukar untuk diikuti dan ubat-ubat ini juga mempunyai kesan sampingan.
Tarikh carian
Bukti-bukti adalah terkini sehingga 20 Jun 2019.
Ciri-ciri kajian
Kami mencari penerbitan bagi kajian rawak dan tidak rawak, tetapi gagal menemui kajian yang layak dimasukkan untuk ulasan.
Keputusan utama
Kami tidak menemui kajian-kajian yang mempunyai strategi intervensi teknologi komputer dan mudah alih yang layak bagi individu yang menghidap talasemia.
Kualiti bukti
Kita tidak berupaya mengenal pasti mana-mana bukti yang dapat dimasukkan ke dalam ulasan.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my