Apakah faedah dan risiko ubat untuk orang yang mengalami gangguan personaliti sempadan?

Mesej utama

Ulasan ini ialah kemas kini ulasan sebelumnya mengenai topik yang sama yang diterbitkan pada tahun 2010. Walaupun ulasan ini sertakan 18 kajian tambahan, kesimpulannya tetap sama: mungkin tiada faedah dan risiko ubat untuk gangguan personaliti sempadan (BDP), tetapi buktinya tidak jelas.

Kajian yang lebih baik dan lebih besar membandingkan kesan ubat dengan plasebo diperlukan. Kajian sedemikian harus memberi tumpuan kepada lelaki, remaja dan mereka yang mempunyai diagnosis psikiatri tambahan.

Apakah itu BPD?

BPD mempengaruhi cara seseorang berinteraksi dengan orang lain dan memahami diri sendiri. Walaupun punca sebenarnya tidak jelas, ia dianggap berpunca daripada gabungan faktor genetik dan persekitaran (cth peristiwa kehidupan yang tertekan atau traumatik apabila dewasa). Kira-kira 2% orang dewasa dan 3% remaja terjejas.

Gejala BPD boleh dikelompokkan kepada empat kategori.

Ketidakstabilan dalam mood: Orang yang mempunyai BPD mungkin mengalami perasaan tegang yang berubah dengan cepat dan sukar dikawal. Mereka juga mungkin berasa kosong dan ditinggalkan kebanyakan masa.

Herotan kognitif (corak pemikiran terganggu): Orang yang mempunyai BPD selalunya mempunyai fikiran yang menjengkelkan (contoh, mereka mungkin menganggap bahawa mereka seorang yang dahsyat). Mereka boleh mengalami episod ringkas pengalaman aneh (contoh, idea paranoid atau pengalaman disosiatif yang disebabkan oleh tekanan (iaitu perasaan terasing daripada dunia sekeliling mereka).

Tingkah laku impulsif: Penghidap BPD mungkin bertindak secara impulsif dan melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri mereka (contoh, apabila sedih dan tertekan, mereka mungkin mencederakan diri sendiri atau mempunyai perasaan membunuh diri). Mereka juga mungkin terlibat dalam tingkah laku melulu (contoh, penyalahgunaan dadah).

Hubungan tegang tetapi tidak stabil: Orang yang mempunyai BPD mungkin merasa sukar untuk mengekalkan hubungan yang stabil (contoh, mereka mungkin berasa sangat bimbang tentang ditinggalkan dan mungkin sentiasa menghantar mesej atau menelefon, atau membuat ugutan untuk mencederakan atau membunuh diri jika orang itu meninggalkan mereka).

Seseorang hanya perlu mengalami lima daripada sembilan kriteria merentas kategori ini untuk diberikan diagnosis BPD.

Bagaimana BPD dirawat?

Tiada ubat telah diluluskan untuk rawatan BPD. Walau bagaimanapun, sebahagian besar orang dengan BPD diberi ubat untuk tempoh masa yang berterusan untuk mengurangkan gejala mereka. Jenis ubat yang diberikan dipilih berdasarkan kesannya yang diketahui terhadap gangguan lain yang mempunyai simptom yang sama.

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui sama ada ubat untuk merawat BPD berfungsi lebih baik atau lebih teruk daripada plasebo; sama ada satu ubat berfungsi lebih baik daripada yang lain; atau sama ada satu gabungan ubat berfungsi lebih baik daripada gabungan ubat yang lain.

Kami ingin melihat sejauh mana ubat berfungsi pada keterukan BPD, kecederaan diri, hasil yang berkaitan dengan bunuh diri dan berfungsi (seberapa baik prestasi seseorang dalam kehidupan seharian).

Pengulas juga ingin mengetahui sama ada kaedah bukan ubatan dikaitkan dengan sebarang kesan yang tidak diingini.

Apa yang telah kami lakukan?

Kami mencari kajian yang membandingkan kesan ubat yang berbeza dengan plasebo, ubat lain atau gabungan ubat, pada orang yang didiagnosis dengan BPD.

Kami membanding dan merumuskan keputusan tersebut, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian. Di bawah, kami membentangkan penemuan daripada perbandingan utama kami: ubat berbanding plasebo.

Apa yang kami dapati?

Kami mendapati 46 kajian melibatkan 2769 orang dengan BPD. Kajian terkecil mempunyai 13 peserta dan terbesar 451 peserta. Terdapat empat kajian dengan lebih daripada 100 peserta Kecuali satu kajian yang melibatkan lelaki sahaja, semua kajian termasuk wanita. Purata umur peserta adalah antara 16 hingga 39 tahun. Kebanyakan kajian dijalankan dalam keadaan pesakit luar (31 kajian) di Eropah (20 kajian) dan berlangsung antara empat dan 52 minggu. Syarikat farmaseutikal membiayai sepenuhnya atau sebahagian 16 kajian.

Kajian melihat kesan 27 ubat yang berbeza, kebanyakannya dikelaskan sebagai: 1) antipsikotik (ubat untuk merawat psikosis di mana pemikiran dan mood seseorang sangat terjejas sehingga orang itu terputus hubungan dengan realiti); 2) antidepresan (ubat untuk merawat kemurungan); atau 3) penstabil mood (ubat untuk mengawal dan meratakan perubahan mood, mengurangkan kedua-dua mood tinggi (mania) dan mood rendah (kemurungan)).

Berbanding plasebo, ubat-ubatan nampaknya tidak banyak memberi perbezaan kepada keparahan BPD, kecederaan diri, hasil yang berkaitan dengan bunuh diri dan fungsi psikososial. Mereka mungkin membuat sedikit perbezaan sama ada seseorang itu meneruskan pengajian atau berhenti. Berbanding dengan plasebo, antipsikotik dan penstabil mood mungkin memberi sedikit perbezaan atau tidak kepada berlakunya kesan yang tidak diingini atau berbahaya. Tiada kajian dilaporkan mengenai kesan sampingan antidepresan.

Apakah batasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti berbeza-beza antara sangat rendah dan rendah. Keputusan kajian lanjutan mungkin berbeza dengan keputusan ulasan ini. Tiga faktor utama mengurangkan keyakinan kami terhadap bukti tersebut. Bukan semua kajian menyediakan data tentang semua yang kami minati. Kedua, keputusan kajian sangat tidak konsisten merentasi kajian yang berbeza. Ketiga, tidak ada kajian yang mencukupi untuk memastikan keputusan hasil kami. Keempat, banyak kajian tidak melaporkan dengan jelas bagaimana ia dijalankan.

Sejauh mana bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Februari 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wan Anisa Hanim Binti Mohd Nasir@Azman (Klinik Pergigian Kok Lanas). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information