Strategi penjagaan kesihatan untuk mengenal pasti kemungkinan atau disahkan hiperkolesterolaemia keluarga dalam rawatan primer dan tetapan komuniti lain

Latar belakang

Salah satu keadaan yang diwariskan adalah hiperkolesterolaemia keluarga, orang dengan keadaan ini mempunyai peningkatan kolesterol sejak lahir. Keadaan ini boleh mengakibatkan arteri disempitkan oleh kolesterol berlebihan yang melekat pada dindingnya dan boleh menyebabkan penyakit jantung pada usia muda. Walau bagaimanapun, rawatan dengan tablet penurun kolesterol dapat mengurangkan risiko ini.

Selain peningkatan kolesterol dalam darah, sejarah keluarga penyakit jantung serta kehadiran gumpalan lemak di bawah kulit dapat menunjukkan hiperkolesterolaemia keluarga.

Ia adalah penting untuk profesional kesihatan berasaskan komuniti, seperti pengamal am dan farmasi komuniti, dapat mengenal pasti mereka yang berisiko serta bermungkinan untuk mengalami hiperkolesterolaemia keluarga dan merujuk mereka kepada pakar. Pakar dapat mengesahkan diagnosis hiperkolesterolaemia keluarga melalui pemeriksaan dan ujian genetik.

Ulasan ini meneroka kesan strategi penjagaan kesihatan ini dalam penjagaan primer serta tetapan komuniti untuk mengenal pasti dengan sistematik orang yang berkemungkinan dan disahkan mempunyai hiperkolesterolaemia keluarga .

Tarikh pencarian

13 September 2021.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menemui sebarang kajian untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Tidak ada kajian yang sesuai untuk dimasukkan dalam ulasan ini.

Kualiti bukti

Tiada kajian yang dimasukkan ke dalam ulasan.

Kesimpulan

Pada masa ini, terdapat kekurangan bukti mengenai strategi penjagaan kesihatan yang paling sesuai untuk mengenal pasti kemungkinan atau mengesahkan hiperkolesterolaemia keluarga dalam rawatan primer dan tetapan komuniti lain. Kajian yang dirancang dengan lebih baik, dengan diagnosis yang dapat mengesahkan hiperkolesterolaemia keluarga melalui ujian genetik, adalah diperlukan untuk menjawab soalan ini dengan jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information