Intervensi untuk pencegahan gejala uremik hemolitik pada pesakit

Apa masalahnya?

Gejala uremik hemolitik (HUS) adalah penyakit serius yang menyerang kanak-kanak terutamanya dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti anemia (jumlah sel darah merah yang rendah), kerosakan buah pinggang, kerosakan otak, dan kematian dalam beberapa kes. HUS paling sering berlaku sebagai komplikasi penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh bentuk tertentu bakteria Escherichia coli ( E. coli ) yang disebut sebagai E. coli yang menghasilkan toksin Shiga (STEC). Walaupun penyakit ini parah, pada masa ini tidak ada amalan piawai untuk merawat pesakit-pesakit ini.

Apa yang kami lakukan?

Kami merumuskan bukti sedia ada yang dikumpulkan hingga kini mengenai kaedah untuk mencegah HUS pada pesakit yang didiagnosis dengan cirit-birit yang berkaitan dengan STEC (pergerakan usus yang longgar). Kami mencari penulisan tentang kajian masa lalu yang melihat rawatan yang berbeza bertujuan untuk mencegah HUS pada kanak-kanak dengan penyakit cirit-birit dan meringkaskan penemuan ini dalam ulasan kami,

Apa yang kami temui?
Empat kajian yang merawakkan 536 pesakit telah dimasukkan. Kajian-kajian ini melihat empat rawatan pencegahan yang berbeza termasuk terapi antibiotik, kolostrum bovin yang mengandungi antibodi toxin anti-Shiga, agen pengikat toksin Shiga (Synsorb Pk: agen berasaskan silikon dioksida) dan antibodi monoklonal terhadap toksin Shiga (urtoxazumab). Kajian yang disertakan mempunyai bilangan peserta yang sedikit dan keputusannya tidak menyebelahi mana-mana intervensi untuk mengurangkan perkembangan penyakit ini kepada HUS dalam pesakit yang dijangkiti STEC.

Kesimpulan

Tidak ada kesimpulan mengenai kaedah terbaik untuk mencegah HUS dalam pesakit dengan cirit-birit yang berkaitan dengan STEC yang dapat disimpulkan dari data ini; lebih banyak kajian dengan kumpulan pesakit yang lebih besar adalah diperlukan sebelum sebarang cadangan dapat dibuat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information