Apakah matlamat ulasan ini?
Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengkaji sama ada akupunktur dapat meringankan kesakitan dan meningkatkan fungsi pada pesakit osteoarthritis pinggul. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mendapati 6 kajian yang berkaitan dengan 413 orang.
Mesej-mesej utama
Pada pesakit-pesakit osteoartritis pinggul, dalam tempoh hampir 8 minggu:
-Akupunctur mungkin boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam tahap kesakitan atau fungsi berbanding dengan sham akupunktur.
-Akupunktur tambah rutin penjagaan doktor primer boleh meringankan kesakitan dan meningkatkan fungsi berbanding dengan rawatan rutin penjagaan doktor primer sahaja.
-Kami tidak boleh pasti sama ada akupunktur boleh meringankan tahap kesakitan dan meningkatkan fungsi berbanding dengan nasihat tambah senaman atau NSAID.
-Kami tidak pasti sama ada akupunktur tambah pendidikan pesakit boleh meringankan tahap kesakitan atau meningkatkan fungsi berbanding dengan pendidikan pesakit sahaja.
Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Osteoartritis (OA) adalah sejenis penyakit sendi, dan pinggul adalah sendi yang kedua paling biasa terlibat. Sesetengah terapi ubat yang biasa digunakan untuk merawat pinggul OA mempunyai risiko kesan-kesan sampingan. Oleh itu, ia adalah penting untuk menilai keberkesanan dan keselamatan terapi bukan ubatan, termasuklah akupunktur. Menurut teori akupuntur tradisional, merangsang titik-titik akupunktur yang sesuai dalam badan dengan memasukkan jarum sangat halus dapat mengurangkan kesakitan atau memperbaiki fungsi.
Dalam kajian-kajian klinikal, akupunktur sham bertujuan untuk menjadi plasebo untuk akupunktur yang benar. Dalam akupunktur sham, pesakit percaya dia sedang menerima rawatan akpunktur yang sebenar, tetapi jarum tersebut tidak menembusi kulit atau tidak diletakkan pada tempat-tempat badan yang betul, atau kedua-duanya. Tujuan kawalan akupunktur sham adalah untuk menentukan sama ada penambahbaikan daripada akupunktur adalah disebabkan oleh kepercayaan pesakit dalam akupunktur, dan bukannya kesan biologi khusus akupunktur. Walau bagaimanapun, terdapat kontroversi mengenai akupunktur sham. Adalah dipercayai bahawa beberapa jenis akupunktur sham boleh menghasilkan kesan yang sama dengan kesan rawatan akupunktur yang sebenar.
Apakah keputusan utama ulasan?
Selepas mencari semua kajian berkaitan yang diterbitkan sehingga 2018 Mac, kami dapati 6 kajian yang menyertakan 413 peserta. Semua kajian melibatkan peserta yang lebih tua terutamanya, dengan umur purata dalam lingkungan 61-67 tahun dan tempoh purata sakit OA pinggul dari 2-8 tahun. Kira-kira dua pertiga pesertanya adalah wanita.
Dua kajian yang terlibat membandingkan akupunktur dengan akupunktur sham. Kedua-dua kajian yang berkawalan sham tersebut bersaiz kecil, tetapi mereka direka dengan baik dan secara umumnya kaedahnya berkualiti tinggi. Intervensi kawalan akupunktur sham dinilai boleh dipercayai, tetapi setiap intervensi akupunktur sham juga dinilai mempunyai risiko kesan-kesan kecil akupunktur yang tertentu. Ini adalah disebabkan penempatan jarum-tidak-menembusi pada titik-titik akupunktur yang betul dalam satu kajian, dan penggunaan jarum-menembusi tidak dimasukkan pada titik-titik yang betul dalam satu lagi kajian yang lain. Meta-analisis dua kajian ini memberikan bukti sederhana kualitinya yang membawa sedikit atau tiada kesan dalam pengurangan kesakitan atau peningkatan fungsi untuk akupunktur sebenar berbanding dengan akupunktur sham. Pesakit yang menerima akupunktur sebenar mengalami hasil penambahbaikanbaik yang sedikit dan tidak significant dalam kesakitan dan fungsi (2 mata lebih baik pada skala 0-100 untuk masing-masing), berbanding dengan pesakit-pesakit yang menerima akupunktur sham. Disebabkan oleh saiz sampel yang kecil dalam kajian, confidence interval melibatkan kedua-duanya kemungkinan kelebihan sederhana dan kemungkinan tiada kesan akupunktur. Hasil kumpul kualiti kehidupan tidak dapat dianggarkan.
Satu kajian tidak buta memberikan bukti kualiti rendah tentang akupunktur sebagai rawatan tambahan kepada rutin penjagaan doktor primer berkaitan dengan manfaat pada sakit, fungsi, dan komponen kualiti hidup fizikal (tetapi bukan komponen kualiti hidup mental). Walau bagaimanapun, laporan manfaat dalam peserta-peserta kajian yang menerima akupunktur tambahan tersebut mungkin sekurang-kurangnya sebahagiannya disebabkan jangkaan manfaat priori mereka, atau pilihan mereka untuk dirambangkan ke akupunktur. Bukti daripada 3 kajian tidak buta yang lain adalah tidak pasti.
Kesan sampingan akupunktur yang mungkin berlaku termasuklah lebam kecil dan pendarahan pada tapak kemasukan jarum, di mana sepertt yang dilaporkan dalam 2 kajian. Empat kajian melaporkan kejadian buruk, dan tiada yang melaporkan sebarang kejadian buruk serius yang berpunca daripada akupunktur. Tiada kajian yang melaporkan perubahan radiografi sendi.
Adakah ulasan ini terkini?
Kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 18 Mac 2018.
Diterjemahkan oleh Lee Zcho Huey, RCSI & UCD Malaysia Campus (Formerly Penang Medical College). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi zchohuey_c2017@ms.rsciucd.edu.my