Antiseptik topikal untuk suppuratif otitis media kronik

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada antiseptik topikal adalah berkesan berbanding dengan plasebo atau tanpa rawatan dalam merawat suppuratif otitis media kronik (CSOM). Ulasan ini juga melihat sama ada satu antiseptik topikal adalah lebih berkesan berbanding yang lain. Penulis Ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini.

Mesej utama

Disebabkan kekurangan kajian sedia ada dan bukti kepastian yang sangat rendah, keberkesanan antiseptik dalam rawatan CSOM adalah tidak jelas. Kesan buruk tidak dilaporkan dengan baik dalam kajian-kajian.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Suppuratif otitis media kronik adalah pembengkakan dan jangkitan telinga jangka panjang (kronik), dengan discaj telinga (otorrhoea) melalui membran tympanic yang berlubang (gegendang telinga). Gejala utama adalah discaj telinga dan kehilangan pendengaran.

Antiseptik topikal (antiseptik diletakkan terus ke dalam telinga sebagai titisan telinga atau serbuk) kadang kala digunakan sebagai rawatan untuk CSOM. Antiseptik topikal membunuh atau menghentikan pertumbuhan mikro-organisma yang mungkin bertanggungjawab untuk jangkitan. Antiseptik topikal boleh digunakan sendiri atau ditambah dengan rawatan lain untuk CSOM, seperti antibiotik atau pembersihan telinga (aural toileting). Menggunakan antiseptik topikal boleh menyebabkan kerengsaan kulit dalam telinga luar, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan atau kegatalan. Sesetengah antiseptik (seperti alkohol) boleh menjadi toksik kepada telinga dalam (ototoksisiti), yang bermaksud ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran yang tidak dapat diperbaiki (sensorineural), pening atau berdering di telinga (tinnitus).

Apakah hasil utama ulasan ini?

Kami mendapati lima kajian tetapi tidak dapat untuk memaklumkan berapa ramai peserta dimasukkan kerana hanya dua kajian yang melaporkan berapa banyak telinga telah dirawat. Antiseptik jenis yang berbeza digunakan: sesetengah mengunakan titisan telinga dan sesetengah mengunakan serbuk. .

Antiseptik topikal (asid borik) berbanding tanpa rawatan (dengan rawatan latar belakang pembersihan telinga)

Satu kajian (254 kanak-kanak) membandingkan menggunakan asid borik dalam alkohol titisan telinga tanpa rawatan antiseptik topikal. Semua kanak-kanak dibersihkan telinga mereka setiap hari menggunakan kayu bulu kapas (pengelap kering). Kepastian bukti yang sangat rendah bermakna ia adalah tidak jelas sama ada rawatan dengan antiseptik membawa kepada peningkatan dalam penyelesaian discaj telinga pada empat minggu atau tiga hingga empat bulan berbanding dengan kumpulan yang tidak menerima apa-apa antiseptik topikal. Kajian ini melaporkan bahawa tidak ada perbezaan antara dua kumpulan rawatan dalam pendengaran atau toksik pada telinga dalam yang disyaki. Tiada maklumat untuk mana-mana hasil lain.

Perbandingan agen antiseptik topik

Satu kajian (93 peserta) membandingkan satu dos serbuk asid borik dengan titisan telinga harian dengan asid asetik. Kepastian bukti yang sangat rendah bermakna ia tidak jelas jika asid borik membawa kepada peningkatan dalam penyelesaian discaj telinga berbanding dengan titisan asid asetik harian pada empat minggu. Ia adalah tidak pasti jika satu kumpulan mempunyai ketidakselesaan telinga yang lebih berbanding kumpulan lain. Tiada maklumat untuk mana-mana hasil lain.

Adakah ulasan ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga April 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information