Soalan ulasan
Adakah terapi bunyi (menggunakan peranti amplifikasi, penjana bunyi atau kedua-dua) berkesan untuk tinitus dalam kalangan dewasa?
Latar belakang
Tinitus adalah kesedaran kepada satu bunyi di dalam telinga atau kepada tanpa sebarang sumber luar. Ia menjejaskan 10% ke 15% daripada populasi dewasa. Lebih kurang 20% daripada orang dengan tinitus mengalami simptom yang mempengaruhi kualiti hidup secara negatif termasuk gangguan tidur, kesukaran pendengaran dan tumpuan, pengasingan sosial, keresahan, kemurungan, iritasi atau stres. Tinitus boleh diurus melalui pendidikan dan nasihat, terapi relaksasi, terapi psikologi, atau peranti yang memperbaiki pendengaran atau menjana bunyi sepert penjana bunyi atau alat bantuan pendengaran, Kadangkala ubat dipreskrib untuk mengurus masalah berkaitan dengan tinitus seperti masalah tidur, keresahan atau kemurungan. Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai bukti dari kajian klinikal berkualiti tinggi untuk menjelaskan kesan terapi bunyi (alat bantuan pendengaran, penjana bunyi dan kombinasi alat bantuan pendengaran) dalam kalangan dewasa dengan tinitus. Kami terutamanya ingin melihat kesan terapi bunyi ke atas keterukan tinitus dan sebarang kesan sampingan.
Ciri-ciri kajian
Ulasan kami mengenalpasti lapan kajian rawak terkawal dengan jumlah 590 peserta. Tujuh kajian melihat kepada kesan alat bantuan pendengaran, empat kombinasi alat bantuan pendengaran dan tiga penjana bunyi. Tujuh kajian membahagikan peserta kepada kumpulan selari dan dalam satu kajian peserta mencuba setiap intervensi dalam susunan rambang. Hasil yang kami cari adalah keterukan simptom tinitus, kemurungan, keresahan, kualiti hidup dan kesan sampingan. Secara am, risiko bias kajian-kajian tersebut adalah tidak jelas. Pembutaan adalah sedikit atau tidak diguna.
Keputusan utama
Kami tidak menemui sebarang data untuk hasil kami bagi mana-mana tiga perbandingan utama (perbandingan alat bantuan pendengaran, penjana bunyi dan kombinasi peranti dengan kumpulan kawalan dalam senarai menunggu, plasebo atau pendidikan/maklumat sahaja). Data untuk perbandingan tambahan (membandingkan peranti-peranti tersebut antara satu sama lain) adalah sedikit dan penggabungan data adalah sukar.
Hanya alat bantuan pendengaran berbanding peranti penjana bunyi sahaja
Satu kajian menbandingkan pesakit yang dipasangkan penjana bunyi dengan mereka yang dipasangkan alat bantuan pendengaran dan mendapati tiada perbezaan kesan ke atas hasil utama, keterukan simptom tinitus, pada 3, 6 atau 12 bulan. Penggunaan kedua-dua jenis peranti dikatkan dengan pengurangan signifikan keterukan simptom tinitus secara klinikal.
Kombinasi alat bantuan pendengaran berbanding alat bantuan pendengaran sahaja
Tiga kajian membandingkan kombinasi alat bantuan pendengaran/ penjana bunyi dengan alat bantuan pendengaran sahaja dan mengukur keterukan simptom tinitus. Apabila kami gabungkan data untuk keterukan simptom tinitus kami mendapati tiada perbezaan. Penggunaan kedua-dua jenis peranti sekali lagi dikaitkan dengan pengurangan signifikan keterukan simptom tinitus secara klinikal.
Kesan buruk tidak dinilai di dalam mana-mana kajian yang dimasukkan.
Tiada kajian mengukur simptom murung atau kemurungan, simptom keresahan atau keresahan umum, atau hasil penting lain dalam ulasan ini.
Kualiti bukti
Di mana hasil yang kami minati dalam ulasan ini dilaporkan, kami menilai kualiti bukti sedia ada sebagai rendah. Menggunakan alat bantuan pendengaran, penjana bunyi atau kombinasi peranti mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan dalam keterukan simptom tinitus.
Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.