Berapa tepatnya aplikasi telefon pintar ('apps') untuk mengesan melanoma antara orang dewasa?

Apakah tujuan ulasan ini?

Kami ingin mengetahui bagaimana aplikasi telefon pintar dapat membantu orang ramai memahami sama ada lesi kulit mereka mungkin melanoma.

Mengapa meningkatkan diagnosis kanser kulit malignant melanoma penting?

Melanoma adalah salah satu bentuk kanser kulit yang paling berbahaya. Kegagalan untuk mengenali melanoma (keputusan ujian negatif palsu) boleh melewatkan pendapatan nasihat yang sesuai dan pembedahan untuk membuangkannya. Ini meningkatkan risiko untuk kanser merebak ke organ lain di dalam tubuh badan dan mungkin menyebabkan kematian. Mendiagnosis lesi kulit sebagai melanoma apabila ia tidak hadir (hasil positif palsu) boleh menyebabkan kebimbangan dan menyebabkan pembedahan yang tidak diperlukan serta penyiasatan lanjut.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Aplikasi khusus ('apps') yang memberi nasihat tentang lesi kulit atau tahi lalat yang mungkin menyebabkan kebimbangan orang ramai amat luas untuk telefon pintar. Sesetengah aplikasi membenarkan seseorang untuk mengambil fotograf mana-mana lesi kulit yang mungkin dibimbangi oleh mereka dan kemudian menerima panduan sama ada untuk mendapatkan nasihat perubatan. Aplikasi boleh mengklasifikasikan lesi secara automatik sebagai risiko tinggi atau rendah, manakala yang lain boleh bertindak sebagai alat simpan dan forward di mana imej ke dihantar kepada profesional yang berpengalaman, seperti pakar dermatologi, yang kemudian membuat penilaian risiko berdasarkan gambar. Penyelidik Cochrane mendapati dua kajian yang menilai lima aplikasi yang menggunakan analisis automatik imej dan satu yang menggunakan fungsi simpan dan menyampaikan untuk menilai lesi kulit yang mencurigakan.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kajian ini termasuk dua kajian yang melibatkan 332 lesi, termasuk 86 melanoma, dianalisis oleh sekurang-kurangnya satu aplikasi telefon pintar. Kedua-dua kajian menggunakan gambar tahi lalat atau lesi kulit yang akan dibuangkan kerana doktor telah membuat keputusan bahawa mereka mungkin adalah melanomas. Gambar yang telah diambil oleh doktor dan bukannya orang yang mengambil gambar lesi mereka dengan telefon pintar mereka sendiri. Atas sebab-sebab ini, kami tidak dapat membuat anggaran tentang keberkesanan fungsi aplikasi.

Empat aplikasi yang memberikan penilaian segera (automatik) untuk lesi kulit atau tahi lalat yang telah digambar oleh telefon pintar telah terlepas antara 7 dan 55 melanomas.

Satu aplikasi yang menghantar gambar tahi lalat atau lesi kulit kepada pakar dermatologi untuk penilaian terlepas satu melanoma sahaja. 6 melanomas lain yang diperiksa oleh pakar dermatologi melalui aplikasi ini tidak diklasifikasikan sebagai risiko tinggi; Sebaliknya pakar dermatologi tidak dapat mengklasifikasikan lesi itu sama ada 'atipikal' (mungkin melanoma) atau 'tipikal (pasti bukan melanoma).

Sejauh tepat keputusan daripada kajian-kajian dalam ulasan ini?

Bilangan yang kecil dan kualiti yang rendah daripada kajian-kajian mengurangkan kebolehpercayaan penemuan. Orang yang termasuk bukan mereka yang biasa akan menggunakan aplikasi dalam kehidupan sebenar. Diagnosis akhir melanoma dibuat dengan histologi, yang mungkin menjadi kaedah yang boleh dipercayai untuk menentukan sama ada pesakit benar-benar mempunyai melanoma*. Walau bagaimanapun, kajian ini mengecualikan antara 2% dan 18% daripada imej kerana aplikasi gagal untuk memberi cadangan.

Siapakah yang dapat mengaplikasikan keputusan ulasan ini?

Semua kajian dijalankan di USA dan Germany. Mereka tidak melaporkan maklumat pesakit utama seperti umur dan jantina. Peratusan orang yang mempunyai diagnosis akhir melanoma adalah 18% dan 35%, jauh lebih tinggi daripada yang diperhatikan dalam komuniti. Definisi pesakit yang layak adalah sempit berbanding dengan pengguna yang mungkin menggunakan aplikasi. Gambar yang digunakan telah diambil oleh doktor dan bukannya oleh pengguna telefon pintar, dan ini memberi impak serius terhadap kebolehgunaan keputusan.

Apakah implikasi ulasan ini?

Aplikasi telefon pintar semasa menggunakan analisis automatik diperhatikan mempunyai peluang yang tinggi untuk terlepas melanoma (negatif palsu). Aplikasi yang dapat simpan dan forward imej berpotensi mengenalpasti orang yang mempunyai lesi yang berpotensi malignan dengan penglibatan awal mereka yang mempunyai lesi kulit yang mencurigakan tetapi mempunyai implikasi terhadap sumber dan beban kerja .

Pembangunan aplikasi untuk membantu mengenalpasti orang yang mungkin mempunyai melanoma adalah satu bidang yang berkembang dengan cepat. Kemunculan aplikasi baru, kualiti yang lebih tinggi dan kajian yang dilaporkan yang lebih baik boleh mengubah kesimpulan kajian ini dengan ketara.

Adakah ulasan ini terkini?

Penulis kajian menyelidik dan menggunakan kajian yang diterbitkan sehingga Ogos 2016.

*Dalam kajian-kajian ini, biopsi adalah standard rujukan (cara untuk menentukan diagnosis yang akhir).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tessa Lim Li Chyin (Monash University Malaysia Campus). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi tessalim1@gmail.com

Tools
Information