Adakah kelonggaran otot dalam semasa pembedahan laparoskopi meningkatkan hasil?

Mesej utama

– Kelonggaran otot dalam semasa pembedahan laparoskopi mungkin tidak menjejaskan mortaliti (kematian) dan morbiditi (uzur) tetapi kami sangat tidak pasti tentang keputusannya.

– Kelonggaran otot dalam mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam kualiti hidup (kesejahteraan) yang berkaitan dengan kesihatan sehingga empat hari selepas pembedahan.

Apakah kelonggaran otot dalam terhadap pembedahan laparoskopi?

Pembedahan perut semakin banyak dilakukan dengan laparoskopi. Laparoskopi adalah operasi menggunakan kamera yang dimasukkan melalui satu atau beberapa luka kecil (selit) (biasanya 0.5 cm hingga 1.5 cm) pada kulit, contohnya, berhampiran dengan pusat perut. Untuk memperbaiki keadaan kerja pakar bedah, terdapat minat yang semakin meningkat terhadap potensi kesan berfaedah daripada kelonggaran otot dalam (deep neuromuscular blockade) untuk menghalang pergerakan pesakit dan pengecutan perut. Terdapat bukti bahawa pakar bedah menilai keadaan kerja lebih tinggi apabila menggunakan sekatan neuromuskular dalam. Bukti ini boleh mengakibatkan peningkatan dalam hasil pesakit, seperti pengurangan kematian, komplikasi berkurangan, atau kejadian yang tidak wajar berkurangan. Ulasan ini membandingkan sekatan neuromuskular dalam kepada tahap sekatan neuromuskular cetek atau tiada neuromuskular yang berbeza.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Adakah kelonggaran otot dalam semasa pembedahan laparoskopi meningkatkan hasil pesakit?

Apakah yang telah kami laksanakan?

Kami mencari kajian yang membandingkan kelonggaran otot dalam kepada salah satu tahap kelonggaran otot yang lebih cetek berikut:

- tiada kelonggaran otot;

– kelonggaran otot cetek;

– kelonggaran otot sederhana.

Apakah yang kami dapati?

Kami mendapati 42 kajian yang melibatkan 3898 orang yang menjalani apa-apa jenis pembedahan laparoskopi di dalam perut. Dalam kebanyakan kes, perkara ini adalah pembedahan pada usus atau perut (20 kajian). Kajian telah dijalankan di seluruh dunia. Kebanyakan kajian membandingkan kelonggaran otot dalam kepada kelonggaran otot sederhana (38 kajian). Susulan komplikasi dan kematian adalah antara tiga hari hingga 60 hari selepas pembedahan. Syarikat farmaseutikal atau organisasi untung membiayai 22 kajian.

Keputusan utama

Kematian dan kesan tidak diingini yang serius hampir tidak berlaku dalam perbandingan kelonggaran otot dalam dan kelonggaran otot sederhana. Oleh itu, kesimpulan ini tidak mungkin dibuat sama ada kelonggaran otot dalam mengurangkan mana-mana hasil tersebut. Kemungkinan tiada perbezaan terhadap kualiti hidup berkaitan kesihatan sejurus selepas pembedahan dan dalam tempoh pembedahan. Tiada kepastian sama ada kelonggaran otot dalam mengubah skor kesakitan selepas pembedahan, tempoh tinggal di hospital, atau bilangan kemasukan semula.

Kami mendapati terlalu sedikit kajian untuk perbandingan kelonggaran otot dalam kepada kelonggaran otot cetek dan tiada kelonggaran otot untuk membuat kesimpulan.

Apakah batasan bukti?

Bagi kebanyakan hasil, keyakinan kami terhadap bukti adalah terhad. Ini disebabkan oleh bilangan kesan yang tidak diingini yang rendah dilaporkan dan kebimbangan tentang cara beberapa kajian dijalankan.

Sejauh mana bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga 31 Julai 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah Oleh Muhammad Amirul Iman Bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Mohamad Masykurin Bin Mafauzy.

Tools
Information