Ujian untuk mengenai pasti antibiotik yang bersesuaian untuk jangkitan darah kuman: adakah ujian pantas lebih baik daripada ujian standard?

Apakah matlamat ulasan Cochrane ini?

Orang yang mengalami jangkitan darah memerlukan rawatan segera dengan antibiotik. Mengenal pasti kuman penyebab jangkitan membantu memastikan antibiotik yang sesuai diberikan. Ujian kerentanan pantas adalah teknologi untuk melakukan ini dengan cepat, dan bertujuan untuk meningkatkan penjagaan. Kami berusaha untuk menilai sama ada penggunaannya akan mengurangkan kematian atau memendekkan penyakit.

Mesej-mesej utama

Ujian kerentanan yang pantas untuk mengenali antibiotik yang sesuai dengan cepat untuk orang yang mengalami sepsis darah tidak mempunyai kesan yang berbeza:

. Beberapa orang mati dalam 30 hari selepas mendiagnosis sepsis darah;

· Beberapa lama orang tinggal di hospital;

. Sama ada diberi antibiotik yang sesuai.

Kajian yang lebih besar akan membantu menentukan keberkesanan penggunaan ujian kerentanan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Ujian kerentanan dilakukan di makmal, dan mengukur sama ada bakteria dapat hidup ketika terdedah kepada pelbagai jenis antibiotik, untuk memastikan bahawa antibiotik yang diberikan aktif melawan organisma yang menyebabkan jangkitan. Pendekatan standard adalah untuk mengkulturkan sampel darah, tetapi ini memerlukan waktu sehingga 36 jam untuk mendapatkan hasilnya. Ujian kerentanan yang pantas untuk mengenali bakteria yang menyebabkan jangkitan darah, dan kerentanannya terhadap antibiotik, memberikan hasil dalam lapan jam atau kurang. Ujian kerentanan yang pantas menrangkumi:

. Ujian yang melihat kesan langsung antibiotik terhadap kuman (disebut ujian fenotipil); dan

· Ujian yang mencari gen tertentu dalam bakteria untuk melihat jika gen tersebut terdedah, atau tahan, terhadap antibiotik (disebut ujian genotipik).

Apakah hasil utama ulasan ini?

Kami menemui enam kajian yang melibatkan 1683 orang dewasa dengan jangkitan darah. Semua kajian dilakukan di pusat perubatan berpakar di negara berpendapatan tinggi di Eropah, Amerika Syarikat, dan Asia Timur.

Berbanding dengan ujian standard, ujian kerentanan yang pantas tidak memberi kesan yang berbeza

. berapa orang yang mati dalam 30 hari (bukti dari enam kajian pada 1638 orang);

. berapa lama orang tinggal di hospital (4 kajian pada 1165 orang); atau

. berapa lama orang diberi antibiotik yang tepat untuk merawat jangkitan (5 kajian pada 1493 orang).

Ujian kerentanan fenotipik yang pantas dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk menerima antibiotik yang tepat; tetapi ini tidak pasti (bukti dari 2 kajian pada 564 orang).

Ujian kerentanan genotip yang pantas memberi sedikit atau tiada perbezaan pada masa yang diperlukan untuk menerima antibiotik yang tepat (bukti dari 4 kajian pada 1074 orang).

Keyakinan kami dalam keputusan-keputusan ini terbatas kerana:

. jumlah kematian yang dilaporkan dalam kajian adalah terlalu rendah untuk menunjukkan perbezaan yang penting;

. ujian digunakan dan hasil kajian berbeza-beza secara meluas;

Kajian ini tidak melibatkan peserta yang mencukupi untuk membuat kesimpulan yang kuat.

Kajian lanjut mungkin mengubah hasil ini.

Sejauh mana kemas kini ulasan ini? `

Kami memasukkan bukti yang diterbitkan sehingga Oktober 21 tahun 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nicole Fong Chui Jiet (RCSI-UCD Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information