Latar belakang
Kanser endometrium (rahim) timbul akibat pertumbuhan sel tak normal yang tidak terkawal di dalam lapisan rahim. Diagnosis apabila penyakit tersebut masih di peringkat awal (kanser masih di dalam rahim, tanpa merebak kepada tisu-tisu berdekatan) adalah lazim, kerana kebanyakan wanita mengalami masalah perdarahan faraj yang abnormal dan akan berjumpa doktor mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan lewat kanser endometrium masih berlaku. Ini merupakan masalah utama bagi wanita yang hampir atau dalam menopaus. Memberi maklumat pendidikan kepada wanita dan penyedia penjagaan kesihatan tentang simptom berkaitan kanser endometrium mungkin meningkatkan kesedaran penyakit dan mengurangkan rawatan tertangguh. Kami menjalankan ulasan ini untuk menilai sama ada pendidikan kanser endometrium membuat wanita dengan gejala kanser endometrium berjumpa doktor mereka dan dirujuk untuk mendapatkan rawatan lebih awal berbanding tiada pendidikan.
Matlamat ulasan
Kami menjalankan ulasan ini untuk menilai sama ada pendidikan kanser endometrium membuat wanita dengan gejala kanser endometrium berjumpa doktor mereka dan dirujuk untuk rawatan lebih awal berbanding tiada pendidikan.
Penemuan utama
Kami memasukkan kajian rawak terkawal (kajian yang melibatkan orang atau kumpulan orang yang diagih secara rawak kepada dua atau lebih kumpulan, merawal mereka secara berbeza) Di dalam ketiadaan kajian rawak terkawal, kami merancang untuk memasukkan kajian-kajian di mana peserta tidak dirawak tetapi termasuk penilaian manfaat pendidikan kesihatan berbanding tiada pendidikan kesihatan. Kami mencari pengkalan data saintifik dan menyemak 4880 tajuk dan abstrak artikel yang relevan dan menilai 16 teks penuh rujukan-rujukan tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak mendapati kajian yang menepati kriteria kemasukan kami.
Kesimpulan-kesimpulan
Tiada bukti terkini yang menunjukkan sama ada penyediaan pendidikan kesihatan kepada penyedia penjagaan kesihatan, atau individu atau kedua-duanya dalam menggalakkan persembahan awal dan rujukan untuk wanita dengan gejala kanser endometrium.
Diterjemahkan oleh Nur Asmaliza Mohd Noor (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my