Apakah kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan akses hemodialisi yang tersumbat disebabkan darah beku?

Mesej-mesej utama

• Terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk mencadangkan bahawa intervensi khusus adalah lebih baik daripada yang lain untuk menghasilkan kegagalan, berfungsi pada 30 hari, kejayaan teknikal dan kejadian buruk (kedua-dua besar dan kecil).

• Berfungsi pada 30 hari mungkin bertambah baik dengan pembedahan berbanding trombektomi mekanikal; namun, buktinya sangat tidak pasti.

• Hasil kematian, disfungsi akses, dialisis yang berjaya dan SONG (Standardised Outcomes in Nephrology) jarang dilaporkan.

Mengapakah penting untuk merawat akses hemodialisis yang trombosis (beku)?

Apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik, dialisis (proses untuk membersihkan darah) diperlukan. Untuk menyambung ke mesin dialisis, akses diperlukan melalui tempat masuk ke system peredaran darah. Fistula arteriovena (AVF) atau arteriovena graf (AVG) ialah sambungan antara arteri dan vena, dan digunakan sebagai titik akses ini. Jika bekuan darah terbentuk, ia boleh mengurangkan aliran darah melalui akses ini.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui apakah kaedah terbaik untuk merawat bekuan dalam hemodialisis AVF atau AVG.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami mencari kajian rawak yang memeriksa intervensi yang digunakan untuk merawat akses dialisis trombosis. Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap maklumat tersebut berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang kami temui?

Kami memasukkan 14 kajian secara rawak kepada 1176 orang dengan akses hemodialisis trombosis. Kami memasukkan tiga jenis intervensi untuk rawatan AVF dan AVG trombosis: (1) jenis trombektomi (pembuangan trombus), (2) jenis trombolisis (pelarutan trombus) dan (3) prosedur pembedahan. Kebanyakan kajian yang dimasukkan mempunyai reka bentuk kajian yang lemah, bilangan pesakit yang rendah, dan sesetengahnya mempunyai pembiayaan industri farmaseutikal. Prosedur pembedahan dalam AVF trombos mungkin dikaitkan dengan hasil yang lebih baik pada 30 hari. Tiada bukti yang mencukupi untuk mencadangkan bahawa intervensi khusus adalah lebih baik untuk memastikan dialisis yang mencukupi. Terdapat bukti yang tidak mencukupi mengenalpasti intervensi yang mempunyai risiko komplikasi yang lebih rendah.

Apakah batasan bukti?

Bilangan kajian yang sedikit bagi setiap perbandingan dan saiz kecil kajian adalah batasan dalam ulasan ini. Tidak semua kajian memberikan data tentang hasil yang kami mahukan. Kami tidak pasti tentang keputusannya.

Sejauh manakah bukti ini dikemaskini?

Bukti ini adalah terkini pada Januari 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Leong Siew Lian (Monash University Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Tools
Information