Apakah isunya?
Kecederaan buah pinggang akut (AKI) adalah masalah utama pada orang yang mempunyai penyakit yang teruk. Dalam kes AKI yang teruk, terapi penggantian buah pinggang/dialisis (KRT) menggunakan litar adalah perlu. Terapi penggantian buah pinggang berterusan dilakukan secara berterusan selama 24 jam. Pembekuan litar CKRT boleh mengganggu rawatan ini. Untuk mengelakkan ini, pelbagai intervensi bukan farmakologikal (tidak menggunakan ubat) telah dikaji. Kami berhasrat untuk meringkaskan bukti semasa mengenai keberkesanan intervensi bukan farmakologi untuk mencegah pembekuan litar extrakorporeum semasa CKRT.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari bukti yang tersedia dari Daftar Khusus Cochrane Ginjal dan Pemindahan sehingga 25 Januari 2021. Ulasan kami meringkaskan keputusan 20 kajian rawak yang melibatkan seramai 1143 orang..
Apakah yang kami temui?
Kami mendapati bahawa kualiti 20 kajian yang dimasukkan adalah rendah, dan bilangan rawak adalah kecil. Majoriti kajian yang disertakan tidak melaporkan kematian sebagai hasilnya. Kami mendapati bahawa haemodiafiltrasi venovenous berterusan (CVVHDF), berbanding dengan haemofiltrasi venovenous berterusan (CVVH), boleh memanjangkan jangka hayat litar. Di samping itu, haemofiltrasi pra-pencairan, berbanding dengan haemofiltrasi selepas pencairan, kateter yang lebih panjang yang diletakkan di hujung atrium kanan, berbanding dengan kateter yang lebih pendek yang diletakkan di hujung dalam vena kava superior, dan kateter lumen berganda yang diubah suai permukaannya, berbanding dengan kateter lumen berganda standard, mungkin memanjangkan jangka hayat litar. Walau bagaimanapun, aliran darah yang lebih tinggi berbanding dengan kadar aliran darah standard mungkin tidak menjejaskan jangka hayat litar. Secara keseluruhannya, data adalah terhad dan kepastian yang sangat rendah.
Kesimpulan
Kami mendapati bahawa kesan intervensi bukan farmakologi pada orang dengan AKI yang menerima CKRT masih tidak jelas. Terdapat keperluan untuk kajian menilai jangka hayat litar CKRT serta hasil klinikal lain yang penting.
Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my