Minyak pokok gelam wangi untuk Demodex blepharitis

Apakah matlamat ulasan ini?
Untuk mengkaji kesan minyak pokok gelam wangi, sejenis minyak pati yang berasal dari sejenis pokok Australia, yang boleh diaplikasi dalam pelbagai bentuk (sapuan kelopak mata, syampu kelopak mata, minyak urut, dll.) untuk Demodex blepharitis. Demodex blepharitis adalah keradangan kelopak mata yang disebabkan oleh hama Demodex (sering dikenali sebagai tungau bulu mata).

Mesej utama
Kami tidak pasti jika minyak pokok gelam wanngi adalah lebih baik berbanding rawatan lain. Faktor lain seperti dos, kebersihan mata, dan komplians pesakit boleh mempengaruhi hasil rawatan; walau bagaumanapun, lebih banyak kajian dan reka bentuk lebih baik diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.

Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini?
Blepharitis menyebabkan simptom seperti mata gatal, pedih, kering, iritasi, berair, atau penglihatan kabur, yang membuat orang mendapatkan perhatian perubatan. Kajian ini bertujuan untuk memahami kemampuan minyak pokok gelam wangi untuk memperbaiki simptom atau merawat Demodex blepharitis (atau kedua-duanya) berbanding tiada rawatan atau bentuk rawatan lain yang tidak mengandungi minyak pokok gelam wangi.

Apakah keputusan utama ulasan ini?
Ulasan ini menyertakan enam kajian dengan 562 peserta (1124 mata). Peserta adalan lelaki dan wanita berumur antara 39 dan 55 tahun. Kajian-kajian yang disertakan dilaksanakan di AS, Korea, China, Australia, Ireland, dan Turki. Reka bentuk kajian adalahh berbagai-bagai, yang membataskan analisis dan keyakinan terhadap keputusan. Kebanyakan kajian yang disertakan dalam laporan ini adalah bias. Adalah tidak pasti jika minyak pokok gelam wangi (kepekatan antara 5% hingga 50%) membantu mengurangkan bilangan tungau Demodex dalam kalangan orang dengan kes Demodex blepharitis jangka pendek. Walaupun tidak dijelaskan sepenuhnya dalam literatur yang diulas, orang harus dididik tentang cara mengaplikasi produk minyak pokok gelam wangi dengan betul kerana komplians pesakit dan kaedah aplikasi mungkin mempengaruhi efikasi. Tiada kajian dalam ulasan ini melaporkan sebarang kesan sampingan yang berkait langsung dengan rawatan; walau bagaimanapun, satu kajian melaporkan iritasi di sekeliling mata kerana mengguna minyak pokok gelam wangi, yang diselesaikan dengan mendidik orang tersebut tentang teknik aplikasi.

Adakah ulasan ini mutakhir?
Penulis Ulasan Cochrane mencari kajian yang telah diterbitkan sebelum 18 Jun 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information