Mesej utama
— Memegang bayi dengan lembut dalam postur fleksi (“facilitated tucking”, iaitu memberikan posisi lembut untuk bahagian tangan dan kaki bayi dalam keadaan bengkok, kedudukan garis tengah dekat dengan badan bayi semasa bayi berbaring mengiring, baring telentang dengan menghadap ke atas (terlentang), atau berbaring di perut mereka dengan kepala ke sebelah (meniarap)) mungkin berkesan dalam mengurangkan kesakitan semasa penyedutan endotrakeal pada bayi baru lahir yang diventilasikan
Apakah penyedutan endotrakeal?
Tiub endotrakeal ialah tiub plastik fleksibel yang diletakkan dalam salur udara (trakea), sama ada melalui hidung atau mulut, untuk mengekalkan saluran udara terbuka pada bayi baru lahir yang mempunyai ventilasi mekanikal (mekanikal ventilator ialah mesin untuk membantu bayi bernafas).
Hujung tiub endotrakeal disedut untuk memastikannya bersih, terbuka dan bebas daripada rembesan, bagi membolehkan bayi menyedut oksigen. Penyedutan endotrakeal adalah prosedur standard untuk kejururawatan. Ia adalah sakit dan kurang selesa untuk bayi.
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui cara untuk mengurangkan kesakitan bayi semasa penyedutan endotrakeal tanpa menggunakan ubat-ubatan.
Apa yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari pangkalan data perubatan untuk kajian klinikal yang melihat cara untuk mengurangkan kesakitan bayi semasa penyedutan endotrakeal.
Apakah yang kami temui?
Kami mendapati lapan kajian melibatkan 386 bayi.
Kami telah menilai enam kaedah berbeza untuk mengurangkan kesakitan bayi semasa penyedutan endotrakeal tanpa menggunakan ubat-ubatan, seperti:
– memegang bayi secara perlahan-lahan dalam kedudukan posisi “facilitated tucking”;
– bau yang biasa (bau susu badan);
– penggunaan larutan gula (sukrosa);
– penggunaan susu badan yang diperah;
– hingar putih;
– membedung.
Keputusan utama
Dalam bayi baru lahir yang diventilasikan
“Facilitated tucking” mungkin mengurangkan kesakitan semasa penyedutan endotrakeal.
Bau yang biasa dan hingar bunyi mempunyai sedikit atau tiada kesan semasa penyedutan endotrakeal. Penggunaan susu badan yang diperah atau sukrosa oral menunjukkan bahawa tidak ada kelebihan sebenar satu kaedah berbanding kaedah yang lain untuk mengurangkan kesakitan semasa penyedutan endotrakeal.
Apakah batasan bukti?
Tidak ada kajian yang mencukupi untuk memastikan bahawa keputusan dalam ulasan, dan kakitangan mengetahui kaedah yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk menyokong keputusan-keputusan ini.
Sejauh manakan bukti ini terkini?
Bukti ini adalah terkini sehingga 21 Jun 2023.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Leong Siew Lian (Monash University Malaysia.