Seberapa tepat imbasan tomografi digital (computerised tomography, CT) untuk mengesan kanser hati?

Mesej utama

Dalam pesakit dengan penyakit hati kronik,

- tomografi digital (CT: imbasan keratan rentas di dalam badan) mungkin tidak mengesan kanser hati pada 22.5% orang yang tidak sempat untuk mendapat rawatan atau rawatan tepat, dan juga, CT diagnos kanser hati dengan tidak tepat pada 8.7% orang dimana mereka menerima rawatan yang sepatutnya tidak diperlukan.

- CT mungkin tidak mengesan kanser hati pada 28.6% orang yang mempunyai kanser hati yang boleh menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebahagian dari hati mereka, dan CT diagnos kanser hati dengan tidak tepat pada 7.7% orang dimana mereka menjalani pembedahan yang tidak sesuai.

- Kajian-kajian ini terlalu berbeza antara satu sama lain untuk membolehkan kami membuat sebarang kesimpulan tegas berdasarkan bukti tersebut.

Mengapa penting untuk mendiagnosis barah hati dengan tepat?

Kanser hati, atau ‘karsinoma hepatoselular’ berlaku pada kebanyakan orang dengan penyakit hati kronik, tanpa mengira penyebabnya. Ia merupakan kanser keenam paling umum di dunia dan penyebab kematian keempat yang paling biasa disebabkan oleh kanser. Ia adalah sukar untuk diagnos kerana gejala awalnya serupa dengan penyakit hati. Orang dengan ujian darah atau hasil ultrasound yang menunjukkan kanser hati boleh menjalani ujian lebih lanjut, seperti imbasan yang menghasilkan imbasan hati, atau biopsi di mana sekeping kecil hati dikeluarkan dan diperiksa. Sekiranya kanser hati dikesan lebih awal, orang mungkin dirawat dengan pembedahan untuk membuang sebahagian hati (reseksi hati) atau dengan pemindahan hati. Jika kanser hati lebih maju, mungkin memerlukan kemoterapi. Sekiranya kanser hati tidak didiagnos, pengidap tidak akan mendapat rawatan yang sesuai. Walau bagaimanapun, salah mendiagnosis kanser hati apabila tidak mempunyai kanser bermaksud bahawa orang tersebut mungkin akan menjalani ujian atau rawatan yang tidak diperlukan.

Apa itu tomografi digital yang dikira dan bagaimana ia dapat mendiagnosis barah hati?

Tomografi digital (CT) menghasilkan gambar yang menunjukkan keratan rentas atau ‘kepingan’ tulang, saluran darah serta tisu-tisu di dalam badan. Gambar terdiri daripada satu siri sinar-X yang diarahkan dan digabungkan oleh komputer. Imbasan CT dapat mengesan kelainan pada hati yang mungkin merupakan kanser. Garis panduan semasa mengesyorkan menggunakan CT atau jenis pencitraan lain, pencitraan resonans magnetik (magnetic resonance imaging, MRI), untuk mengesahkan kehadiran kanser hati pada orang berkemungkinan menghidapi kanser hati, dan untuk menilai saiz serta penyebaran (tahap) kanser.

Apakah yang ingin kami kenal pasti?

Kami ingin mengetahui sama ada CT cukup tepat untuk mendiagnosis kanser hati pada orang dewasa dengan penyakit hati kronik. Kami berminat pertama, pada kanser hati dengan pelbagai saiz dan tahap serta kedua, pada kanser hati yang sesuai untuk reseksi.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari kajian-kajian yang menilai ketepatan imbasan CT berbanding ujian semasa yang terbaik untuk mengesahkan kanser hati pada orang dewasa dengan penyakit hati kronik. Ujian terbaik yang ada adalah pemeriksaan hati, atau bahagian hati di bawah mikroskop.

Apa yang kami temui?

Kami menjumpai 21 kajian dengan 3101 orang.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, sekitar 520 (52%) daripada 1000 orang dewasa dengan penyakit hati kronik telah mengesahkan kanser hati. Dari 1000 orang ini, CT dapat:

- mengesan kanser hati dengan tepat pada 403 orang

- tidak terdiagnos kanser hati pada 117 orang

- mengesan kanser hati dengan tidak betul pada 42 orang yang tidak mempunyai kanser

- tidak mengesan kanser hati dengan betul pada 438 orang.

Berdasarkan kajian tersebut, sekitar 350 (35%) daripada 1000 orang dewasa dengan penyakit hati kronik telah mengesahkan kanser hati yang boleh direseksikan. Dari 1000 orang ini, CT dapat:

- mengesan kanser hati yang dapat direseksi pada 250 orang

- tidak terdiagnos kanser hati yang boleh direseksi pada 100 orang

- mengesan kanser hati yang boleh direseksi dengan tidak betul pada 50 orang; dan

- mengesan kanser hati yang tidak dapat direseksi dengan betul pada 600 orang.

Apakah batasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhad bukti adalah terhad kerana kajian menggunakan kaedah yang berbeza untuk memilih peserta kajian dan menggunakan definisi yang berbeza untuk kehadiran penyakit hati. Ini bermaksud imbasan CT mungkin lebih kurang tepat daripada yang disarankan oleh bukti.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga 4 Mei 2021.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information