Tajuk
Adakah jenis kasut larian yang berbeza mempengaruhi risiko kecederaan kaki semasa berlari?
Mesej utama
Kasut neutral/berkusyen mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dari segi jumlah pelari yang mengalami kecederaan atau kepuasan kasut berbanding dengan kasut minimalis.
Adalah tidak pasti jika kasut kawalan pergerakan mengurangkan jumlah pelari yang mengalami kecederaan berbanding dengan kasut neutral/berkusyen.
Kasut bertapak tengah yang lembut mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah pelari yang mengalami kecederaan berbanding dengan kasut bertapak tengah yang keras.
Adalah tidak pasti jika kasut larian kestabilan mengurangkan jumlah pelari yang mengalami kecederaan berbanding dengan kasut neutral/berkusyen.
Adalah tidak pasti sama ada kasut kawalan pergerakan mengurangkan bilangan pelari yang mengalami kecederaan kaki semasa larian dibandingkan dengan kasut kestabilan.
Memberikan preskripsi kasut larian dan memilih postur kaki mungkin memberikan sedikit atau tiada beza kepada kecederaan berlari
Penyelidik masa depan harus membangunkan definisi konsensus reka bentuk kasut larian untuk membantu menyeragamkan klasifikasi. Takrifan kecederaan berlari hendaklah digunakan secara konsisten dan disahkan melalui pengamal kesihatan. Penyelidik harus mempertimbangkan reka bentuk percubaan rawak terkawal untuk meningkatkan bukti dalam bidang ini dan meneroka pengaruh pelbagai jenis atau kasut larian ke atas kadar kecederaan dalam kumpulan tertentu.
Kasut larian dan kecederaan berlari
Kasut larian direka bentuk dengan ciri-ciri untuk mengurangkan pergerakan kaki atau berapa banyak daya yang dikenakan pada badan, dengan tujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan berlari. Berdasarkan ciri reka bentuk, kasut larian boleh dikelaskan secara meluas sebagai; kawalan pergerakan, kestabilan atau neutral/berkusyen dan sebagai minimalis jika mereka ingin memberikan sedikit kawalan pergerakan atau ciri kusyen.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin tahu:
sama ada jenis kasut larian yang berbeza boleh mengurangkan risiko mengalami kecederaan kaki semasa larian
sama ada kasut larian preskripksi boleh mengurangkan risiko mengalami kecederaan kaki semasa larian berbanding kasut larian bukan preskripksi
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami mencari kajian yang membandingkan kadar kecederaan berlari (bilangan pelari yang cedera atau jumlah kecederaan) antara kumpulan pelari atau anggota tentera yang memakai jenis kasut larian yang berbeza-beza.
Kami membandingkan dan merumuskan keputusan mereka, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah kajian.
Apakah yang kami dapati?
Kami menjumpai 12 kajian, sembilan daripadanya menilai pelari masa lapang atau rekreasi dan tiga lagi dalam populasi tentera. Seramai 11,240 peserta telah memasukkan; disertakan dalam semua kajian, dengan kajian terbesar dengan 3952 orang peserta dan yang terkecil 24. Perbandingan berikut telah dibuat.
- Kasut neutral/berkusyen berbanding kasut larian minimalis (5 kajian, 766 peserta)
- Kasut kawalan pergerakan berbanding kasut larian neutral/berkusyen (2 kajian, 421 peserta)
- Kasut lembut berbanding kasut larian yang keras (2 kajian, 1095 peserta)
- Kasut larian kestabilan berbanding kasut larian neutral/berkusyen (1 kajian, 57 peserta)
- Kasut kawalan pergerakan berbanding kasut larian kestabilan (1 kajian, 56 peserta)
- Kasut larian preskripsi berbanding kasut larian yang bukan preskripksi (3 kajian, 7203 peserta)
Kajian-kajian ini tidak menggunakan definisi kecederaan yang sama dan beberapa menggunakan definisi kecederaan yang termasuk kecederaan pada bahagian badan selain daripada anggota bawah sahaja.
Keputusan utama
Kami menemui perkara yang berikut dalam ulasan kami.
Kasut neutral/berkusyen mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dari segi jumlah pelari yang mengalami kecederaan kaki atau kepuasan pelari terhadap kasut berbanding dengan kasut minimalis.
Adalah tidak pasti sama ada kasut kawalan pergerakan mengurangkan bilangan pelari yang mengalami kecederaan kaki yang disebabkan berlari jika dibandingkan dengan kasut neutral/berkusyen kerana kepastian bukti adalah sangat rendah.
Kasut bertapak tengah yang lembut mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah pelari yang mengalami kecederaan kaki yang disebabkan berlari berbanding dengan kasut bertapak tengah yang keras.
Adalah tidak pasti sama ada kasut larian kestabilan mengurangkan bilangan pelari yang mengalami kecederaan kaki yang disebabkan berlari jika dibandingkan dengan kasut neutral/berkusyen kerana kepastian bukti adalah sangat rendah.
Adalah tidak pasti sama ada kasut kawalan pergerakan mengurangkan bilangan pelari yang mengalami kecederaan kaki yang disebabkan berlari jika dibandingkan dengan kasut larian kestabilan kerana kepastian bukti adalah sangat rendah.
Memberikan preskripsi kasut larian dan memilih postur kaki mungkin memberikan sedikit atau tiada beza kepada kecederaan berlari.
Apakah batasan bukti tersebut?
Kami sederhana yakin dengan bukti daripada kajian yang membandingkan kasut larian preskripksi dan bukan preskripsi, tetapi bukti ini dihadkan oleh kerana peserta mengetahui jenis kasut larian yang mereka terima.
Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti yang membandingkan pelbagai jenis kasut larian kerana para peserta sering mengetahui jenis kasut larian yang mereka terima, bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam kajian adalah kecil dan selalunya tidak terdapat kajian yang mencukupi untuk membandingkan setiap jenis kasut lari dengan yang lain.
Sejauh mana bukti ini terkini?
Bukti adalah terkini sehingga Jun 2021.
Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my