Mepolizumab atau benralizumab untuk orang dengan penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD)

Latar belakang kepada soalan

Penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) adalah keadaan paru-paru yang mana orang boleh mengalami kesukaran bernafas yang teruk dan dikaitkan penurunan kualiti hidup mereka.

Untuk orang dengan COPD, episod yang mana keadaan pesakit bertambah teruk adalah kebimbangan utama. Kami meneliti penemuan kajian klinikal untuk melihat sama ada mepolizumab atau benralizumab, dua ubat baru, lebih baik daripada plasebo (rawatan palsu) untuk orang yang menghidapi COPD, dan sama ada mereka dapat mengurangkan jumlah episod yang mana keadaan pesakit bertambah teruk.

Ciri-ciri kajian

Enam kajian klinikal membandingkan mepolizumab atau benralizumab dengan plasebo dengan jumlah 5542 orang dengan COPD. Kami meneliti penemuan kajian dari segi episod apabila keadaan pesakit meradang yang memerlukan rawatan tambahan, kualiti hidup pesakit, prestasi pesakit dalam ujian pernafasan, dan kesan-kesan sampingan ubat itu.

Keputusan utama

Tiga kajian menggunakan mepolizumab, dan tiga kajian yang lain menggunakan benralizumab.

Mepolizumab 100 mg mengurangkan kadar keradangan dalam kumpulan orang dengan COPD dan tahap eosinofil darah yang lebih tinggi (sejenis sel darah putih yang terlibat dalam tindak balas keradangan dan alergi). Apabila mepolizumab diberikan dalam dos yang lebih tinggi (300 mg atau 750 mg) kadar keradangan mungkin berkurangan.

Benralizumab pada dos 100 mg menyebabkan penurunan yang jelas dalam jumlah episod yang memerlukan kemasukan ke hospital, dan apabila diberikan pada dos yang lebih rendah (10 mg) mungkin mengurangkan keradangan yang memerlukan kemasukan ke hospital. Ini adalah dalam orang yang menghidapi COPD dan tahap eosinofil darah yang lebih tinggi.

Kajian lebih lanjut membandingkan mepolizumab atau benralizumab dengan plasebo dapat memberikan lebih penjelasan mengenai peranan ubat-ubat ini untuk COPD.

Kualiti bukti

Kajian-kajian yang dilibatkan sebahagian besarnya direka dengan baik dan mantap, dan bukti secara umumnya berkualiti tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information