Adakah membaiki rotator cuff yang terkoyak, berkesan?

Soalan ulasan

Untuk menilaikan keberkesanan pembedahan membaiki tendon rotator cuff demi mengurangkan sakit bahu, meningkatkan fungsi dan hasil lain di kalangan orang dewasa yang mengalami ketebalan-penuh pada rotator cuff yang koyak berbanding dengan pengurusan tanpa pembedahan.

Latar Belakang

Rotator cuff adalah sekumpulan tendon yang membolehkan sendi bahu bergerak. Sesetengah orang mengalami kesakitan di bahu mereka yang disebabkan oleh tendon rotator cuff yang sudah haus dan lusuh. Kelemahan pada tendon kemungkinan disebabkan oleh peningkatan umur dan ‘mechanical wear’ (pengunaan secara berlebihan yang menyebabkan penyingkiran permukaan sendi secara beransur-ansur). Akhirnya, proses ini boleh menyebabkan tendon terkoyak.

Rotator cuff yang koyak boleh mengakibatkan rasa sakit yang menjejaskan fungsi lengan atau pesakit mungkin tidak simptomatik. Bagi mereka yang mengalami gejala simptomatik selepas koyak, pengurusan bukan operasi termasuk ubat sakit (yang mudah dan anti-inflammatories), suntikan glucocorticoid dan terapi fizikal tidak selalunya berkesan.

Pembedahan biasanya dicadangkan apabila rawatan lain tidak berkesan. Semasa pembedahan, sebahagian daripada tulang dikikis untuk memperluaskan laluan tendon (penyahmampatan subakromial) dan tendon yang koyak diperbaiki. Kadangkala pakar bedah tidak boleh membaiki tendon kerana saiz otot yang sudah lusuh atau merosot. Dalam kes sedemikian, hanya penyahmampatan subakromial boleh dilakukan. Kini, kebanyakan pembedahan rotator cuff dilakukan secara artroskopi (penggunaan alat pembedahan yang melalui tebukan yang kecil pada kulit untuk melaksanakan pembedahan) atau melalui pembelahan kecil (pendekatan terbuka-mini).

Ciri-ciri kajian

Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga Januari 2019. Pengulas menemui sembilan kajian yang merangkumi 1007 peserta. Umur purata peserta min adalah antara 56 sehingga 68 tahun, dan kaum perempuan terdiri daripada 29% sehingga 56% daripada peserta yang terlibat. Peserta-peserta menunjukkan gejala selama beberapa bulan atau tahun dan didiagnosis dengan koyak dengan ketebalan-penuh melalui pengunaan imej resonans magnetik atau melalui pemeriksaan ultrasound. Kajian ini telah dijalankan di Finland, Norway, Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Itali dan Korea Selatan. Analisa utama adalah termasuk tiga ujian yang melibatkan 339 peserta yang menerima sama ada pembedahan (membaiki tendon dan penyingkiran tulang dari permukaan bawah akromion) atau terapi bukan-operasi (senaman dengan atau tanpa suntikan glucocorticoid). Tiga kajian telah menerima pembiayaan. Walau bagaimanapun tiada seorang pun yang melaporkan penggunaan dana ini secara langsung untuk kajian-kajian ini.

Keputusan-keputusan utama

Dalam jangkamasa setahun, berbanding dengan rawatan bukan-operasi, pembedahan telah samada memberi sedikit atau tiada faedah kepada pesakit yang dirawati untuk rotator cuff yang koyak.

Sakit (skor lebih rendah bermakna kurang sakit)
Meningkat sebanyak 9% (4% sehingga 13%) atau 0.9 mata pada skala sifar hingga 10
• Orang yang dirawat secara bukan-operasi menilaikan kesakitan mereka sebagai 1.6 mata
Orang yang telah dibedah menilaikan kesakitan mereka sebagai 0.7 mata.

Fungsi (0 sehingga 100; skor yang lebih tinggi bermakna fungsi yang lebih baik) Meningkat 6% (2% sehingga 10%) atau 6 mata pada skala sifar sehingga 100
• Orang yang dirawat secara bukan-operasi menilaikan kesakitan mereka sebagai 72 mata
• Orang yang menjalani pembedahan menilaikan kesakitan mereka sebagai 78 mata

Kejayaan rawatan secara global mengikut kadar peserta (peserta berpuas hati dengan hasil muktamad)
Lebih dari 7% pesakit menilaikan rawatan mereka sebagai berjaya (4% kurang sehingga 13% lebih banyak), atau lebih dari sembilan orang daripada 100 orang pesakit.
• 48/55 (873/1000) orang menganggap rawatan sebagai berjaya melalui rawatan bukan-operasi
• 51/54 (943/1000) orang menganggap rawatan berjaya melalui pembedahan

Kualiti hidup secara keseluruhan (skor yang lebih tinggi bermakna kualiti hidup yang lebih baik) Teruk 1% (4% lebih teruk kepada 2% lebih baik) atau 1.3 mata pada skala sifar sehingga 100
• Orang yang dirawat secara bukan-operasi menilaikan kualiti hidup mereka sebagai 58 mata
• Orang yang dibedah (penyahmampatan subakromial) menilai kualiti hidup mereka 57

Peristiwa buruk
• Satu peristiwa buruk (bahu beku) telah dilaporkan semasa kajian dikalangan kumpulan senaman. Oleh itu, kami tidak dapat menganggar risiko perbandingan.

Peristiwa buruk serius
Tiada kesan buruk yang serius dilaporkan semasa kajian berkenaan.

Kualiti bukti

Berbanding dengan rawatan bukan-operasi, bukti yang sederhana-kepastian (gred dikurangkan kerana risiko berat sebelah) menunjukkan bahawa pembedahan (membaiki rotator cuff dengan atau tanpa penyahmampatan subakromial) mungkin mengurangkan rasa sakit secara sedikit atau tiada berkesan sama sekali untuk mengurangkan rasa sakit. Kepastian bukti yang rendah menunjukkan bahawa terdapat sedikit atau tiada peningkatan fungsi. Peserta telah menilaikan kejayaan rawatan secara global atau kualiti hidup secara keseluruhan (gred dikurangkan kerana berat sebelah dan ketidaktepatan) pada orang yang mengalami rotator cuff yang koyak. Oleh kerana hanya satu peristiwa buruk dilaporkan untuk keseluruhan kajian ini, maka, adalah sukar untuk menganggarkan jikalau terdapat risiko yang lebih tinggi untuk peristiwa buruk selepas rawatan-rawatan ini (bukti yang sangat rendah-kepastian).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi gwaldie@outlook.com

Tools
Information