Adakah pengawalan yang diselia selepas pemulihan pulmonari berkesan berbanding dengan penjagaan biasa pada orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik?

Latar belakang

Pemulihan pulmonari sangat berguna bagi orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Pemulihan pulmonari dapat memberikan peningkatan yang ketara dalam pemulihan gejala, kualiti hidup, toleransi bersenam, dan mengurangkan kemasukan ke hospital. Ulasan ini mempertimbangkan sama ada program pengawalan pemulihan adalah bermanfaat. Pengawalan pemulihan adalah latihan senaman yang diselia yang ditawarkan setelah program pemulihan paru-paru selesai. Program pengawalan pemulihan secara amnya adalah diselia

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 31 Mac 2020.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 21 kajian yang melibatkan 1799 orang dengan COPD. Program pengawalan pemulihan diselia secara bulanan atau pada selang yang lebih pendek, tetapi dua kajian mempunyai selang waktu yang lebih lama antara sesi. Semua program adalah diselia, tetapi ada yang diselia melalui telefon, ada yang bersemuka, dan yang lain adalah campuran kedua-duanya. Semua program pengawalan dalam ulasan ini memberikan peserta latihan senaman yang diselia. Beberapa program juga menyertakan sesi pendidikan. Sebilangan besar program berlangsung antara enam hingga 12 bulan.

Keputusan utama

Pada enam hingga 12 bulan susulan, berbanding dengan penjagaan biasa, program pengawalan yang diselia ternyata dapat meningkatkan kualiti hidup dan fungsi fizikal dengan jumlah yang sedikit. Kajian tidak menunjukkan pengurangan kemasukan ke hospital, eksaserbasi, atau kematian. Tiada kejadian buruk yang berkaitan dengan program pengawalan, yang menunjukkan bahawa program pengawalan adalah selamat.

Kepastian bukti

Banyak kajian menunjukkan risiko bias yang tinggi kerana peserta tahu sama ada mereka berada dalam kumpulan intervensi atau kumpulan kawalan. Beberapa hasil adalah berdasarkan jumlah kajian dan pesakit yang kecil, yang mengakibatkan keputusan yang tidak konsisten dan tidak tepat. Ini bermaksud bahawa keputusan-keputusan ini mungkin tidak terpakai untuk semua model penyampaian program pengawalan yang diselia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information