Soalan kajian
Apakah keberkesanan dan keselamatan teknologi ultrasonografi untuk menunjukkan tusukan dan kanulasi arteri (selain femoral) pada orang dewasa?
Latar belakang
Walaupun terdapat alat yang membantu profesional kesihatan mengakses arteri, kejadian yang tidak diingini seperti pneumotoraks (udara di luar paru-paru dan di dalam toraks), hemotoraks (darah di luar paru-paru dan di dalam toraks), hematoma (pendarahan pada kulit dan tisu lain) , amputasi, dan kematian mungkin berlaku. Teknik tambahan seperti ultrasonografi mungkin berguna untuk meningkatkan hasil ini, tetapi kesannya untuk akses arteri kepada orang dewasa masih dalam perdebatan.
Ciri-ciri kajian
Pengarang ulasan mengenal pasti 48 kajian yang menilai kesan pelbagai jenis petunjuk ultrasonografi untuk orang dewasa yang menjalani tusukan atau kanulasi arteri. Kajian dilakukan di hospital dan terutamanya untuk tujuan diagnostik (alat yang lebih kecil). Pengarang ulasan mengenal pasti kajian yang dimasukkan ke dalam ulasan ini melalui carian literatur elektronik yang dijalankan sehingga Mei 2021.
Keputusan utama
Bantuan ultrasonografi visual masa sebenar meningkatkan kadar kejayaan percubaan pertama, kadar kejayaan keseluruhan, dan masa yang diperlukan untuk prosedur yang berjaya sehingga satu bulan, terutama pada arteri radial, dibandingkan dengan sentuhan atau bantuan ultrasonografi bukan visual. Tambahan pula, bantuan ultrasonografi visual masa sebenar mungkin menurunkan haematoma utama berbanding dengan sentuhan. Namun, kami tidak pasti mengenai kesan terhadap haematoma utama dan kesakitan untuk perbandingan lain kerana bukti kepastian yang sangat rendah dan hasil yang tidak dilaporkan. Kami juga tidak pasti mengenai kesan pada pseudoaneurisma dan QoL untuk kateterisasi arteri aksila dan dorsalis pedis.
Kualiti bukti
Kami menemukan bukti kepastian rendah hingga sederhana yang membandingkan bantuan ultrasonografi visual masa nyata berbanding sentuhan, dan membandingkan satu jenis panduan ultrasonografi berbanding yang lain.
Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my