Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk menyelidiki beberapa dilema rawatan dengan histoplasmosis yang disebarkan secara progresif pada orang yang hidup dengan HIV. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, dan menemui 17 kajian.
Mesej-mesej utama
Amphotericin B liposomal dapat meningkatkan kejayaan klinikal berbanding amphotericin B deoxycholate ketika memulakan rawatan.
Amphotericin B liposomal mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang lebih rendah berbanding amphotericin B deoxycholate ketika memulakan rawatan.
Kami tidak pasti berapa lama orang harus terus menjalani rawatan setelah mereka berjaya menyelesaikan peringkat permulaan. Kami tidak pasti masa rawatan jangkitan kulat adalah lebih baik memulakan rawatan untuk melawan virus HIV.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Histoplasmosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh kulat yang dihirup yang dikenali sebagai Histoplasma. Bentuk histoplasmosis yang paling teruk dikenali sebagai histoplasmosis progresif yang disebarkan, di mana jangkitan menyebar dari paru-paru ke organ lain. Ia mengancam nyawa bagi orang dengan HIV lanjut.
Rawatan histoplasmosis yang disebarkan secara progresif bermula dengan 'induksi', di mana ubat-ubatan mula menyerang kulat dengan cepat. Fasa seterusnya disebut 'pemeliharaan', di mana ubat-ubatan digunakan untuk mencegah kulat kembali merebak. Semasa rawatan kulat, ubat-ubatan antiretroviral dimulakan untuk melawan virus HIV.
Kami ingin mengetahui rawatan induksi terbaik, jika pemeliharaan dapat dilakukan kurang dari satu tahun, dan waktu terbaik untuk memulakan ubat antiretroviral.
Apakah keputusan utama ulasan ini?
Kami menemui 17 kajian. Kami mengeluarkan lapan dari ulasan kerana tidak menyertakan ukuran penting yang mungkin mengubah hasil. Ini termasuk seberapa parah jangkitan HIV, atau jika pesakit mengalami jangkitan lain pada masa yang sama.
Satu kajian membandingkan dua bentuk ubat yang sama untuk memulakan rawatan histoplasmosis, amphotericin B liposomal dan amphotericin B deoxycholate. Ia mendapati bahawa bentuk liposomal yang lebih mahal yang kurang berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan mungkin mempunyai kadar kejayaan klinikal yang lebih tinggi daripada bentuk deoxycholate.
Tidak ada kajian yang melihat sama ada rawatan “maintenance” boleh dijalankan dlama tempoh masa kurang dari satu tahun. Dua kajian melihat ubat antiretroviral, tetapi kami tidak tahu masa yang terbaik untuk memulakannya.
Adakah ulasan ini terkini?
Kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 20 Mac 2020.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucdedu.my.