Mesej-mesej utama
– Vedolizumab berkesan dalam induksi dan penyelenggaran remisi pada orang dengan penyakit Crohn apabila dibandingkan dengan plasebo (rawatan palsu).
– Orang menerima vedolizumab mungkin lebih tidak berkemungkinan daripada orang yang menerima plasebo mengalami kesan sampingan, dan mungkin tidak mengalami kesan sampingan yang serius, semasa rawatan induksi atau penyelenggaraan.
Apakah yang kami ingin tahu?
Penyakit Crohn adalah keadaan keradangan kronik yang mempengaruhi saluran gastrousus (usus). Vedolizumab dipanggil ubat 'biologi' yang menyekat kepada protein penting yang dipanggil α4β7 dimana ia terlibat dalam keradangan usus dan menghasilkan aktiviti anti-radang selektif usus. Kami ingin mengetahui sama ada vedolizumab berkesan dan selamat dalam merawat penyakit Crohn.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang membandingkan vedolizumab dengan plasebo pada orang yang mempunyai penyakit Crohn. Kami membanding dan merumuskan keputusan mereka, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami menjumpai empat kajian merangkumi 1126 peserta yang menyiasat kesan vedolizumab dalam induksi remisi (di mana penyakit itu tidak lagi aktif), dan tiga kajian melibatkan 894 peserta yang menyiasat kesannya dalam penyelenggaran remisi.
Berbanding dengan plasebo, vedolizumab adalah lebih berkesan untuk induksi remisi (4 kajian dalam 1126 peserta) dan penyelenggaran remisi (3 kajian dalam 894 peserta) dalam penyakit Crohn. Vedolizumab lebih berkesan daripada plasebo untuk menginduksi tindak balas klinikal (iaitu penyakit memasuki remisi; 4 kajian dalam 1126 peserta). Ia berkemungkinan sama seperti plasebo dalam menyebabkan kesan sampingan keseluruhan serta berkemungkinan besar seperti plasebo menyebabkan kesan sampingan yang serius semasa kedua-dua induksi (4 kajian dalam 1126 peserta) atau rawatan penyelenggaraan (3 kajian dalam 894 peserta).
Apakah batasan bukti
Kami sangat pasti terhadap bukti untuk induksi dan penyelenggaraan remisi. Walau bagaimanapun, terdapat had dalam membandingkan vedolizumab dengan plasebo atas kesan sampingan yang serius dan keseluruhan disebabkan oleh keyakinan kami yang rendah terhadap keputusannya.
Sejauh mana bukti ini terkini?
Bukti adalah terkini sehingga November 2022.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).