Tekanan saluran udara positif berterusan untuk apnea pramatang

Mesej utama

Kami tidak menemui sebarang kajian yang membandingkan CPAP dengan penjagaan sokongan untuk apnea pramatang.

Kami mendapati empat kajian yang membandingkan sejenis CPAP antara sama lain. Kajian tersebut adalah kecil dan penjagaan yang diberikan oleh pekerja penjagaan kesihatan mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan tentang rawatan yang diterima oleh bayi. Oleh itu, melalui kajian ini, kita tidak mengetahui sama ada terdapat perbezaan antara jenis CPAP yang berbeza bagi mengurangkan apnea pada bayi yang lahir terlalu awal.

Apakah apnea pramatang ?

Bayi yang lahir awal (pramatang) mungkin mengalami jeda yang berpanjangan dalam pernafasan mereka. Bagi bayi yang lahir terlalu awal, jeda ini juga dikenali sebagai apnea pramatang. Apnea mungkin disebabkan oleh ketidakmatangan mekanisme bagi pengawalan pernafasan atau kelemahan otot yang membuka saluran udara semasa bernafas. Dalam apnea yang teruk, penurunan kadar denyutan jantung bayi serta penurunan dalam tahap oksigen. Jika apnea berlaku terlalu kerap, ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi. Apabila bayi mengalami apnea, biasanya penjagaan sokongan diberikan. Ia mungkin dalam bentuk rangsangan dengan cara menggosok bayi atau bergerak anggota badannya, menyediakan oksigen, atau kedua-duanya.

Apakah CPAP ?

Tekanan saluran udara positif berterusan(CPAP) adalah satu bentuk sokongan pernafasan yang sering disebut sebagai sejenis ventilasi yang tidak invasif. Tekanan berterusan biasanya diberikan melalui bahagian hidung, selain daripada membolehkan bayi untuk terus bernafas sendiri, ia juga dapat memudahkan proses pernafasan. Dengan cara ini, tekanan positif yang diberikan dapat mengekalkan saluran udara terbuka.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui kemungkinan penggunaan CPAP pada bayi pramatang dapat mengurangkan apnea atau memerlukan rawatan yang lebih invasif seperti ventilasi mekanikal, iaitu menggunakan mesin untuk pernafasan bayi. Kami juga ingin mengenali cara aplikasi CPAP yang tertentu supaya dapat mencapai kesan yang efektif.

Apa yang kami lakukan?

Kami mencari kajian yang melibatkan bayi pramatang di mana para penyelidik menganggap CPAP diperlukan untuk apnea pramatang. Kami juga menyertakan kajian yang membandingkan CPAP dengan penjagaan sokongan (seperti rangsangan, oksigen atau kedua-duanya) atau kajian yang membandingkan perbezaan dari jenis - jenis CPAP.

Apa yang kami dapati?

Kami tidak dapat menemui sebarang kajian yang membandingkan CPAP dengan penjagaan sokongan. Kami menemui empat kajian kecil, yang melibatkan 138 bayi. Kajian tersebut membandingkan dua bentuk CPAP yang berbeza. Hanya terdapat tiga perbandingan dengan satu kajian dalam setiap perbandingan dan satu kajian tidak menyediakan sebarang data yang berguna. Tempoh CPAP dalam empat kajian adalah antara empat (4) dan 48 jam. Dari empat kajian ini, kita tidak dapat mengetahui sama ada perbezaan antara jenis CPAP yang berbeza. Oleh kerana, dalam setiap perbandingan hanya mempunyai satu kajian. Hasilnya tidak tepat kerana kajiannya kecil dan penjagaan yang disediakan oleh pekerja penjagaan kesihatan mungkin dipengaruhi oleh kesedaran tentang rawatan yang diberikan kepada bayi.

Sejauh manakah bukti terkini?

Bukti adalah terkini sehingga 6 September 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Jie Min (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Abdul Rauf Bin Badrul Hisham (Universiti Teknologi MARA). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information