Intervensi psikososial dalam kalangan dewasa yang memudaratkan diri sendiri

Kami mengulas literatur intervensi tentang kajian rawatan intervensi psikososial di lapangan. Sejumlah 76 kajian yang memenuhi kriteria kemasukan telah dikenal pasti. Mungkin ada kesan bermanfaat terapi psikologi berdasarkan pendekatan terapi tingkah laku kognitif (CBT) pada titik waktu tempoh susulan yang lebih lama, dan untuk terapi berdasarkan mentalisasi (MBT), dan psikoterapi peraturan emosi pada penilaian selepas intervensi. Mungkin juga ada beberapa bukti keberkesanan terapi tingkah laku dialektik standard (DBT) terhadap frekuensi pengulangan SH. Tiada bukti jelas tentang kesan pengurusan kes, maklumat dan sokongan, intervensi hubungan jauh (contohnya kad kecemasan, kad pos, psikoterapi berasaskan telefon), penyediaan maklumat dan sokongan, dan intervensi multimod lain.

Mengapakah ulasan ini penting?

Memudaratkan diri sendiri (SH), termasuk meracun diri sendiri/mengambil dos berlebihan dan mencederakan diri sendiri, adalah masalah utama di kebanyakan negara dan berkait rapat dengan bunuh diri. Oleh itu, adalah penting mencari rawatan yang efektif bagi orang yang terlibat dengan SH. Terdapat peningkatan dalam bilangan kajian dan kepelbagaian pendekatan terapeutik untuk SH dalam kalangan dewasa beberapa tahun kebelakangan. Oleh itu adalah penting untuk menilai bukti tentang keberkesanannya.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Para pentadbir hospital (contohnya, penyedia perkhidmatan), pegawai polisi kesihatan dan pembayar pihak ketiga (contohnya, syarikat insurans kesihatan), doktor yang terlibat merawat orang yang terlibat dalam SH, pesakit itu sendiri, dan saudara-mara mereka.

Apakah soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini?

Ulasan ini adalah kemas kini ulasan Cochrane terdahulu dari 2016 yang mendapati terapi psikologi berasaskan CBT dapat mengakibatkan kurang individu mengulangi SH sementara DBT dapat menurunkan frekuensi SH berulang. Ulasan kemaskini ini bertujuan untuk menilai dengan lebih lanjut bukti keberkesanan intervensi psikososial untuk orang yang terlibat SH dengan hasil yang lebih meluas.

Kajian mana yang dimasukkan ke dalam ulasan ini?

Untuk diambil kira dalam ulasan ini, kajian-kajian mestilah rawak terkawal dengan intervensi psikososial untuk orang dewasa yang baru terlibat dalam SH.

Apa yang diberitahu oleh bukti dari ulasan tersebut?

Secara keseluruhan, terdapat beberapa batasan metodologi dalam kajian-kajian yang disertakan dalam ulasan ini. Kami mendapati kesan positif untuk terapi psikologi berdasarkan pendekatan CBT pada penilaian susulan yang lebih lama, dan untuk terapi berasaskan mentalisasi (MBT), dan psikoterapi pengawalan emosi pada pengulangan SH selepas intervensi. Mungkin ada juga beberapa bukti kesan untuk terapi tingkah laku dialektik standard (DBT) terhadap frekuensi pengulangan SH. Walau bagaimanapun, intervensi hubungan jauh, pengurusan kes, maklumat dan sokongan, dan intervensi multimod lain dilihat tidak bermanfaat pengurangkan pengulangan SH.

Apakah yang patut berlaku seterusnya?

Keputusan yang memberangsangkan untuk psikoterapi berasaskan CBT pada titik waktu susulan yang lebih lama, dan untuk MBT, peraturan emosi berdasarkan kumpulan, dan DBT memerlukan penyelidikan lanjut untuk memahami orang mana yang mendapat manfaat daripada jenis intervensi ini. Penggunaan lebih besar kajian mengikut kepala (di mana rawatan dibandingkan secara langsung antara satu sama lain) mungkin membantu mengenal pasti komponen mana dari intervensi kompleks ini paling berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information