Sekiranya kita melakukan RALP pembentukan semula posterior atau RALP standard untuk kanser prostat setempat yang klinikal?

Soalan ulasan

Dalam lelaki dengan kanser prostat dengan prostat yang dibuang melalui pembedahan yang dibantu oleh alat robotik (dipanggil prostatektomi laparoskopik dibantu robot atau RALP), bagaimana menghubungkan tisu di belakang uretra (dipanggil pembentukan semula posterior) berbanding dengan pembedahan di mana sambungan ini tidak dibuat (RALP standard)?

Latar belakang

Ahli urologi sering menggunakan robot untuk membuang prostat dalam lelaki dengan kanser prostat. Selepas pembedahan, kebanyakan lelaki mengalami kobocoran air kencing selama beberapa waktu. Masalah ini dipanggil inkontinens dan biasanya bertambah baik dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas pembedahan dalam kebanyakan lelaki. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi sangat menyusahkan pada masa ini.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan lapan kajian yang mana peluang menentukan sama ada lelaki menerima RALP pembentukan semula posterior atau RALP standard. Kajian-kajian ini menyertakan 1085 lelaki dengan purata usia antara 60 hingga 67 tahun. Purata tahap antigen spesifik prostat (PSA) pada lelaki ini adalah 8.15 ng/mL. Tahap PSA yang lebih tinggi mungkin menunjukkan kanser prostat yang lebih teruk.

Keputusan utama

Kami mendapati bahawa RALP pembentukan semula posterior dapat menghasilkan kontinens yang lebih baik seminggu selepas kateter dikeluarkan berbanding dengan RALP standard (walaupun mungkin juga tidak lebih baik), tetapi mungkin akan memberi sedikit atau tiada perbezaan sama ada pada tiga atau 12 bulan selepas pembedahan. RALP pembentukan semula posterior mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan dalam kesan serius yang tidak diingini berbanding dengan cara standard menjalankan pembedahan. Mungkin sedikit atau tiada perbezaan dalam margin positif selepas pembedahan, yang bermaksud risiko adanya sel kanser di pinggir bahagian prostat yang dipotong apabila dilihat di bawah mikroskop. Mungkin juga tiada perbezaan antara dua teknik ini dari segi risiko tahap PSA meningkat dalam 12 bulan pembedahan, yang sering menandakan ada kanser yang ditinggalkan. Kami sangat tidak pasti bagaimana RALP pembentukan semula posterior mempengaruhi keupayaan untuk mencapai ereksi, berbanding dengan RALP standard.

Kepastian bukti

Kepastian bukti adalah antara sederhana hingga sangat rendah bergantung kepada hasil, yang bermaksud kami mempunyai keyakinan sederhana hingga sangat rendah dalam keputusan tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information