Mengapa saringan penting?
Saringan bertujuan untuk mengenal pasti keadaan orang yang mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala. Sebilangan orang mungkin mempunyai virus COVID-19 tetapi kelihatan sihat atau hanya mengalami gejala ringan. Adalah penting untuk mengenal pasti orang yang dijangkiti supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada orang lain dan mendapatkan rawatan dengan sewajarnya. COVID-19 yang dikenalpasti secara tidak betul pada orang yang sihat boleh menyebabkan pengasingan diri dan ujian selanjutnya yang tidak diperlukan. kesilapan mengenal pasti seseorang sebagai tidak dijangkiti pada mereka yang dijangkiti boleh menyebabkan penyebaran virus.
Saringan untuk COVID-19 boleh merangkumi pemeriksaan suhu atau pertanyaan mengenai perjalanan antarabangsa atau hubungan dengan kes COVID-19, atau dengan menggunakan ujian pantas. Saringan boleh dilakukan melalui telefon, dalam talian, atau secara langsung, di rumah, klinik, tempat kerja, lapangan terbang atau sekolah.
Apakah ulasan kajian ini?
Kami ingin tahu:
· Faedah dan kesan negatif daripada saringan orang yang kelihatan sihat untuk jangkitan COVID-19;
· Jika saringan dapat mengenal pasti mereka yang dijangkiti dan tidak dijangkiti virus dengan tepat.
Untuk menjawab soalan-soalan ini dengan cepat, kami telah memendekkan beberapa langkah proses normal Ulasan Cochrane. Walau bagaimanapun, kami yakin bahawa perubahan ini tidak menjejaskan kesimpulan keseluruhan kami.
Apa yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang menyaringi orang yang tidak mendapatkan rawatan untuk kemungkinan gejala-gejala COVID-19.
Ulasan ini merangkumi bukti hingga Mei 2020.
Keputusan utama
Kami menemui 22 kajian; 17 orang yang dinilai (kajian kohort) dan lima adalah model yang dihasilkan komputer (kajian pemodelan). Kajian dilakukan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia.
Faedah dan kesan negatif
Dua kajian pemodelan melaporkan mengenai faedah dan kesan negatif penyaringan. Satu kajian mencadangkan bahawa pertanyaan tentang gejala di lapangan terbang mungkin sedikit perlahan, tetapi tidak menghentikan pengimportan orang yang dijangkiti.
Model lain melaporkan bahawa saringan pekerja kesihatan setiap satu atau dua minggu boleh mengurangkan penularan kepada pesakit dan pekerja-pekerja kesihatan lain di jabatan kecemasan.
Tidak ada kajian yang dilaporkan mengenai kesan negatif penyaringan.
Pengenalpastian orang yang dijangkiti
Tujuh belas kajian kohort dan tiga kajian pemodelan melaporkan jika saringan dapat mengenal pasti mereka yang dijangkiti atau tidak dijangkiti virus. Kajian bervariasi dalam tahap asas COVID-19, tetapan dan kaedah. Semua kajian kohort membandingkan strategi penyaringan dengan ujian 'standard tertinggi' yang disebut RT-PCR.
Kajian kohort
Semua strategi saringan (17 kajian, 17,574 orang), salah mengenalpasti:
· Antara 20 dan 100 daripada 100 orang yang dijangkiti sebagai sihat;
· Antara 0 dan 38 orang daripada 100 orang yang sihat sebagai dijangkiti
Pertanyaan gejala (13 kajian, 16,762 orang), salah dalam pengenalpastian:
· Antara 40 dan 100 daripada 100 orang yang dijangkiti sebagai sihat
· Antara 0 dan 34 daripada 100 orang yang sihat sebagai dijangkiti
Pengukuran suhu, pertanyaan tentang perjalanan antarabangsa, pendedahan kepada orang yang diketahui dijangkiti dan pendedahan kepada orang yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti (6 kajian, 14.741 orang), salah dalam pengenalpastian:
· Antara 77 dan 100 daripada 100 orang yang dijangkiti sebagai sihat
· Antara 0 dan 10 daripada 100 orang yang sihat sebagai dijangkiti
Pertanyaan gejala dan pengukuran suhu (2 kajian, 779 orang), salah dalm pengenalpastian:
· Antara 31 dan 88 daripada 100 orang yang dijangkiti sebagai sihat
· Antara 0 dan 10 orang daripada 100 orang yang sihat sebagai dijangkiti
Tidak ada bukti yang cukup daripada dua kajian kecil mengenai ujian makmal pantas dan penilaian gejala secara berulangan untuk menunjukkan seberapa tepatnya mereka dalam mengenalpasti orang yang sihat dan yang dijangkiti.
Kajian pemodelan
Tiga kajian memodelkan saringan masuk dan keluar di lapangan terbang. Satu kajian kehilangan 70% pelancong yang dijangkiti. Satu lagi mengesan 90% jangkitan, tetapi menggunakan senario yang tidak realistik. Yang ketiga menggunakan kaedah yang sangat tidak boleh dipercayai sehingga kita tidak dapat menggunakan bukti dari kajian ini.
Sejauh mana keyakinan kami terhadap hasil kajian?
Keyakinan kami terhadap penemuan ini terhad kerana kebanyakan kajian tidak menjelaskan kaedah saringan mereka dengan jelas, ada yang mendapati sangat sedikit kes jangkitan dan jenis peserta dan tetapannya sangat berbeza, sehingga sukar untuk menilai jika hasilnya berlaku secara luas.
Kesimpulan penulis
Saringan satu kali pada orang yang nampaknya sihat cenderung untuk kehilangan orang yang dijangkiti. Kami tidak pasti sama ada saringan gabungan, penilaian simptom berulangan, atau ujian makmal pantas adalah berguna.
Oleh sebab semakin banyak orang dijangkiti, saringan akan mengenal pasti lebih banyak kes. Namun, kerana pemeriksaan dapat menghilangkan orang yang dijangkiti, langkah-langkah kesihatan awam seperti topeng muka, jarak fizikal, dan kuaranti bagi mereka yang nampaknya sihat, terus menjadi sangat penting.
Diterjemah oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my