Apakah terapi tiga sedutan, bila ia digunakan, dan peranannya dalam asma?

Bagaimanakah alat sedut digunakan untuk pengurusan asma?

Pengurusan asma melibatkan satu siri terapi berperingkat-peringkat bergantung kepada keterukan penyakit. Terapi awal biasanya bermula dengan terapi penyedut bertindak pendek yang diperlukan (langkah 1), dan steroid penyedutan dos rendah hingga sederhana harian ditambah untuk kawalan asma yang lebih baik apabila diperlukan (langkah 2). Selepas itu, bronkodilator yang dikenali sebagai beta 2 -agonist (LABA) bertindak panjang, yang menyebabkan laluan saluran pernafasan mengembang dan mengendur supaya kesukaran bernafas berkurangan, biasanya ditambah kepada steroid yang disedut jika perlu (langkah 3 dan 4).

Apakah pilihan apabila asma tidak dikawal dengan gabungan steroid sedutan dan LABA?

Garis panduan semasa mengesyorkan dos steroid sedutan yang lebih tinggi atau menambah bronkodilator lain yang dikenali sebagai antagonis muskarinik bertindak panjang (LAMA), (iaitu terapi tiga sedutan (langkah 5), apabila asma tidak dikawal dengan steroid sedutan dos sederhana dan dwi LABA terapi sedutan.

Bagaimanakah kami menjawab soalan ini?

Kami mengumpul dan menganalisis data daripada 17 kajian, termasuk sejumlah 17,161 remaja dan dewasa dengan asma yang tidak terkawal, menggunakan kaedah khas yang dipanggil meta-analisis rangkaian, yang membolehkan kami membandingkan berbilang kumpulan inhaler secara serentak.

Apa yang kami temui?

Terapi tiga sedutan (iaitu, steroid sedutan + LABA + LAMA) mengurangkan serangan asma, tetapi bukan kemasukan ke hospital yang berkaitan dengan asma. Terapi tiga sedutan dos tinggi, bukan tiga sedutan dos sederhana, berkemungkinan lebih baik diterima kerana kesan sampingan yang kurang berbanding dwi terapi sedutan (iaitu steroid sedutan + LABA).

Terapi tiga sedutan boleh meningkatkan simptom dan skor kualiti hidup berbanding terapi dwi tetapi tidak mencukupi untuk dirasakan oleh mereka yang menjalaninya.

Lebih tinggi daripada steroid sedutan dos sederhana dalam terapi dwi sedutan tidak mungkin menghasilkan sebarang faedah atau bahaya.

Kesimpulan

Terapi tiga sedutan, terutamanya formulasi dos tinggi, mengurangkan serangan asma dan berkemungkinan lebih baik diterima kerana kesan sampingan yang kurang berbanding terapi dwi.

Terapi tiga sedutan mungkin atau mungkin tidak untuk memperbaiki gejala atau kualiti hidup berbanding dwi terapi.

Meningkatkan kekuatan steroid sedutan daripada dos sederhana kepada tinggi berkemungkinan berfaedah dalam terapi tiga sedutan tetapi mungkin tidak dalam terapi dwi.

Modulator imun, yang merupakan ubat suntikan, atau pilihan lain boleh dipertimbangkan jika simptom asma tidak dikawal dengan baik atau bagi mereka yang memerlukan kemasukan ke hospital berkaitan asma walaupun sedang menjalani terapi dwi penyedutan dos sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wan Anisa Azman (KP Kok Lanas). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information