Dialisis peritoneal berbanding hemodialisis untuk orang yang memulakan dialisis jangka panjang

Mesej utama

- Penyelidikan sedia ada tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan yang meyakinkan mengenai kesan relatif dialisis peritoneal dan hemodialisis terhadap hasil kesihatan bagi orang dengan kegagalan buah pinggang .

- Memandangkan kebanyakan keputusan datang daripada kajian pemerhatian dan bukannya kajian rawak, masih tiada kepastian apakah faedah dan bahaya relatif dialisis peritoneal dan hemodialisis.

- Keputusan adalah terhad dalam aplikasi umum disebabkan oleh corak pengamalan klinikal yang sangat pelbagai, kriteria kelayakan untuk kaedah dialisis berbeza, komposisi populasi dialisis, dan ciri-ciri pesakit merentasi tetapan dan negara.

Apakah kegagalan buah pinggang, dan bagaimana ia harus dirawat?

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang seseorang tidak lagi fungsi dengan baik untuk meneruskan hidup. Terapi penggantian buah pinggang, dalam bentuk dialisis atau pemindahan organ, adalah diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Dialisis bertujuan untuk mengeluarkan zat terlarut, toksin, dan cecair daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, dengan meniru fungsi buah pinggang asli.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Dialisis peritoneal dan hemodialisis adalah dua pilihan rawatan yang biasanya disediakan untuk pesakit. Keputusan yang dibuat bersama antara pesakit, penjaga mereka, dan pihak penjagaan kesihatan adalah penting untuk memilih kaedah dialisis yang paling sesuai dengan matlamat dan keutamaan seseorang.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari semua kajian yang menilai faedah dan bahaya dialisis peritoneal berbanding hemodialisis untuk orang dengan kegagalan buah pinggang yang memulakan dialisis. Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai tahap keyakinan kami terhadap maklumat berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang kami temui?

Kami menemui hanya dua kajian rawak terkawal (di mana pesakit diperuntukkan secara rawak kepada satu rawatan atau yang lain) yang membandingkan dialisis peritoneal dengan hemodialisis. Semua kajian lain adalah pemerhatian (di mana rawatan tidak diperuntukkan secara rawak). Memandangkan kebanyakan keputusan berkaitan pemerhatian dan bukannya kajian rawak masih tiada kepastian apakah faedah dan bahaya relatif dialisis peritoneal dan hemodialisis.

Tambahan pula, ramai pesakit bertukar daripada satu rawatan ke yang lain (dari hemodialisis kepada dialisis peritoneal dan dari dialisis peritoneal kepada hemodialisis) semasa rawatan susulan mereka, seterusnya mengelirukan kesan kaedah dialisis terhadap hasil kesihatan dari semasa ke semasa.

Apakah batasan bukti?

Bilangan kecil kajian rawak adalah batasan utama ulasan ini. Tidak semua kajian menyediakan data tentang hasil yang kami minati. Kami tidak pasti tentang keputusannya.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Mac 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini. Diterjemah oleh Solihin Zahari (RCSI UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information