[Merawat uveitis berkaitan artritis idiopatik juvenil (JIA): sejauh manakah perencat faktor nekrosis tumor (TNF) berfungsi?]

Mesej utama

Adalimumab mungkin bermanfaat untuk rawatan uveitis JIA tetapi bukti pada masa kini adalah amat terhad kepada etanercept. Kami tidak dapat menemui bukti yang cukup untuk mengatakan sama ada ubat-ubatan ini mencegah kehilangan penglihatan; walau bagaimanapun, kajian mungkin tidak cukup panjang untuk mengesan perubahan dalam penglihatan. Kesan sampingan daripada perencat TNF biasanya ringan, walaupun kesan sampingan serius yang jarang berlaku. boleh . 

Apakah uveitis berkaitan artritis idiopatik juvenil?

Artritis idiopatik juvenil (JIA) adalah keadaan reumatik kronik yang paling kerap dalam zaman kanak-kanak dan menyebabkan keradangan sendi (artritis). Sesetengah orang dengan JIA juga mengalami keradangan mata, yang dikenali sebagai uveitis. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan secukupnya, uveitis boleh menyebabkan kerosakan mata kekal, kerosakan visual, atau buta.

Bagaimanakah uveitis berkaitan JIA dirawat?

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan untuk merawat uveitis berkaitan JIA. Satu kumpulan ubat-ubatan dikenali sebagai perencat faktor nekrosis tumor (TNF) adalah antara rawatan yang digunakan untuk JIA dan uveitis berkaitan JIA. Rawatan ini menyasarkan protein yang dipanggil 'faktor nekrosis tumor' yang menyebabkan keradangan. Ubat-ubatan ini menekan sistem imun untuk mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan mata. 

Apakah yang kami ingin ketahui?

Maklamat utama ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada perencat TNF boleh memperbaiki gejala uveitis berkaitan JIA dan merumuskan kemungkinan kemudaratan rawatan tersebut.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari literatur perubatan untuk kajian yang membandingkan perencat TNF kepada plasebo untuk uveitis berkaitan JIA. Kami telah merumuskan bukti untuk hasil kami yang telah ditentukan sebelumnya dan menilai keyakinan kami dalam bukti tersebut. Memandangkan kajian yang telah disertakan tidak menyukat atau melaporkan hasil kami yang telah ditentukan sebelumnya, kami juga telah merumuskan bukti seperti yang dilaporkan oleh kajian individu

Apakah yang telah kami temui?

Kami tengah mengenal pasti tiga kajian relevan yang memasukkan 134 peserta. Dua kajian telah menyiasat perencat TNF yang dikenali sebagai adalimumab dan satu kajian yang telah menyiasat perencat TNF yang dikenali sebagai etanercept. Setiap kajian menyukat kesan ubat-ubatan secara berbeza antara satu sama lain, jadi sukar untuk membandingkan kajian dan membuat kesimpulan. Analisa awal kami menunjukkan tiada perbezaan yang jelas antara perencat TNF dan plasebo berkenaan dengan risiko rawatan berjaya atau rawatan gagal. Semasa mengulas hasil yang dinilai dalam kajian individu, perencat TNF meningkatkan peluang rawatan berjaya dan mengurangkan risiko rawatan gagal apabila dibandingkan dengan plasebo. Satu kajian telah menunjukkan bahawa lebih banyak pesakit yang mengambil adalimumab daripada plasebo dapat mengurangkan bilangan titisan mata yang telah digunakan, mencadangkan bahawa adalimumab mungkin mengurangkan keradangan. 

Kesan-kesan sampingan berkaitan ubat-ubatan termasuk reaksi tapak suntikan dan jangkitan secara umumnya ringan dan lebih kerap dalam kumpulan perencat TNF. Peristiwa buruk serius adalah jarang berlaku tetapi juga kerap kelihatan dalam kumpulan perencat TNF. Kesan-kesan-kesan sampingan secara keseluruhannya adalah sama macam yang kerap kelihatan dalam ubat-ubatan untuk penyakit lain.

Apakah maksudnya?

Ulasan kami mencadangkan bahawa adalimumab, satu perencat TNF, meningkatkan peluang untuk meningkatkan gejala okular uveitis dan mengurangkan peluang uveitis menjadi semakin bertambah buruk apabila dibandingkan dengan plasebo.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 3 Februari 2022.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information