Mesej-mesej utama
Penentuan membuat keputusan bersama mungkin boleh membantu wanita berasa kurang tidak yakin atau menyesal dan membantu dengan pembelajaran semasa proses tersebut untuk saringan kanser payudara. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil maklum bahawa kefahaman kami tentang bagaimana sebenarnya ia mungkin mempengaruhi keputusan saringan wanita adalah tidak lengkap.
Apakah penentuan membuat keputusan bersama?
Penentuan membuat keputusan bersama adalah semasa doktor dan pesakit bekerjasama untuk memilih penjagaan terbaik. Mereka bercakap tentang pilihan berbeza, kebaikan dan keburukan, dan apa yang penting kepada pesakit. Mereka menggunakan peralatan seperti buku kecil atau panduan atas talian (bantuan keputusan) untuk memberikan maklumat jelas dan membuat keputusan bersama.
Mengapa penentuan membuat keputusan bersama penting untuk saringan kanser payudara?
Saringan kanser payudara membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan masalah kesihatan semasa rawatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin memberikan hasil yang salah atau menyebabkan terlampau banyak rawatan. Semasa wanita dan doktor membuat keputusan bersama, mereka boleh membuat keputusan bersama yang selaras dengan nilai-nilai wanita.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada penentuan membuat keputusan bersama boleh membantu wanita berasa lebih puas hati, yakin, dan berpengetahuan semasa memutuskan sama ada untuk mengambil bahagian dalam saringan kanser payudara.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah menyertakan kajian-kajian yang melihat kepada penentuan membuat keputusan bersama yang mempengaruhi wanita membuat keputusan tentang saringan kanser payu dara. Kami telah memilih kajian-kajian yang membandingkan beberapa atau semua aspek penting dalam aspek pembuatan keputusan bersama dengan penjagaan rutin. Kami telah menilai betapa yakin kami dalam penemuan hasil berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang telah kami temui?
Kami telah melihat kepada 19 kajian dengan 64,215 wanita. Wanita telah memberikan maklumat tentang kebaikan dan keburukan saringan kanser payudara. Kebanyakan kajian telah menggunakan peralatan untuk memberikan maklumat ini. Enam kajian tidak menyertakan satu perbincangan dengan penjaga kesihatan profesional, dan 11 kajian tidak mempertimbangkan nilai dan pilihan wanita. Kajian ini telah mengikuti wanita untuk tempoh yang singkat, biasanya dari satu hingga tiga bulan, dan telah dijalankan di Amerika Syarikat, Eropah, Australia, dan satu di Iran. Kebanyakan kajian telah ditaja oleh kerajaan atau sekolah, dan sesetengah daripada kumpulan swasta.
Penentuan membuat keputusan bersama melibatkan semua komponen utama
Dua kajian telah menyertakan perbincangan dengan penjaga kesihatan professional dan mempertimbangkan nilai dan pilihan. Berdasarkan satu kajian, penentuan membuat keputusan bersama mungkin tidak mempengaruhi pengetahuan wanita tentang bila perlu memulakan saringan dan kekerapan saringan, tetapi hasilnya adalah kurang pasti. Kedua-dua kajian ini tidak melihat kepada hasil seperti kepuasan wanita terhadap proses penentuan membuat keputusan bersama, keyakinan dalam pilihan saringan, kepatuhan terhadap keputusan, penyertaan aktif dalam membuat keputusan, komunikasi dengan doktor yang efektif, atau perubahan dalam kesihatan mental.
Bentuk penentuan membuat keputusan bersama yang telah dipendekkan dengan penjelasan nilai dan pilihan
Enam kajian telah menggunakan alat penentuan keputusan dan menganggap nilai dan pilihan tetapi tidak menyertakan perbualan dengan penjaga kesihatan profesional. Jenis penentuan membuat keputusan bersama ini mungkin boleh membuat wanita berasa lebih yakin dan berpengetahuan dalam keputusan mereka, walaupun ia mungkin tidak mempengaruhi kegelisahan atau kebimbangan kanser. Kajian-kajian tersebut tidak melihat kepada hasil seperti kepuasan wanita terhadap proses penentuan membuat keputusan bersama, kepatuhan terhadap keputusan, penyertaan aktif dalam membuat keputusan, atau komunikasi efektif dengan doktor.
Komunikasi yang dirangsangkan tentang risiko tanpa komponen lain tentang penentuan membuat keputusan bersama
Sebelas kajian telah memberikan wanita dengan maklumat tentang pilihan dan kebaikan dan keburukan tetapi tidak menyertakan perbualan dengan penjaga kesihatan profesional atau mempertimbangkan nilai dan pilihan wanita. Penentuan membuat keputusan bersama ini membantu wanita berasa lebih berpengetahuan tentang pilihan mereka, walaupun kurang pasti sekiranya ia meningkatkan keyakinan. Ia tidak mempengaruhi kegelisahan atau kemurungan, tetapi mengurangkan kebimbangan terhadap kanser. Kajian-kajian tersebut tidak melihat kepada hasil seperti kepuasan wanita terhadap proses penentuan membuat keputusan bersama, kepatuhan terhadap keputusan, penyertaan aktif dalam membuat keputusan, atau komunikasi efektif dengan doktor.
Apakah batasan bukti?
Walaupun terdapat terlalu banyak kajian yang melibatkan lebih daripada 60,000 wanita, kajian tersebut telah menggunakan pendekatan berbeza untuk melihat kepada penentuan membuat keputusan bersama, membentangkan data dalam pelbagai format, dan tidak melihat kepada hasil yang dianggap penting dalam ulasan kami. Perbezaan ini menghalang kami daripada menggabungkan maklumat dalam sesetengah kes untuk hasil yang jelas. Juga, terdapat kajian yang mempunyai isu dengan kaedah mereka. Sebagai akibatnya, kami tidak dapat yakin dengan sesetengah kesimpulan dalam ulasan ini.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Maklumat ini terkini sehingga Ogos 2023.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).