Jabatan kecemasan atau unit penilaian akut: yang manakah mampu memeriksa dan merawat pesakit dengan lebih cepat?

Mesej utama

Jabatan kecemasan memeriksa dan merawat orang yang mengalami penyakit atau kecederaan yang mendesak. Di seluruh dunia, jabatan kecemasan mengalami cabaran dalam memberikan penjagaan kepada pesakit disebabkan peningkatan bilangan orang yang memerlukannya.

• Perkhidmatan penilaian akut ialah alternatif bagi sesetengah pesakit untuk diperiksa dan dirawat selain daripada jabatan kecemasan dan ini boleh membantu mengurangkan masa menunggu yang lama di jabatan kecemasan.

• Adalah tidak jelas sejauh mana perkhidmatan penilaian akut selamat dan berkesan kerana tiada kajian sedia ada yang meneroka perkhidmatan ini.

Apakah perkhidmatan penilaian akut?

Perkhidmatan penilaian akut adalah alternatif kepada jabatan kecemasan untuk sesetengah pesakit. Ia dianggap membantu dalam mengurangkan masa menunggu yang lama dengan mengumpulkan orang yang mempunyai sebab yang sama untuk pergi ke jabatan kecemasan dan memindahkan mereka untuk berjumpa doktor di tempat lain. Adalah penting untuk mengetahui sama ada perkhidmatan penilaian akut benar-benar mengurangkan masa menunggu untuk orang yang datang ke jabatan kecemasan, sekiranya ia boleh membantu mengurangkan tempoh seseorang dimasukkan ke hospital, dan sekiranya ia selamat untuk orang yang merupakan pesakit.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada perkhidmatan penilaian akut dapat memeriksa, merawat dan mendiscaj orang dengan lebih cepat daripada jabatan kecemasan. Kami juga ingin mengetahui sama ada perkhidmatan penilaian akut dikaitkan dengan sebarang kesan yang tidak diingini untuk pesakit yang dilihat dan dirawat oleh mereka.

Apa yang kami lakukan?

Kami mencari kajian yang membandingkan jabatan kecemasan dengan perkhidmatan penilaian akut untuk orang dewasa yang pergi ke hospital untuk penjagaan kesihatan.

Apa yang kami dapati?

Kami tidak dapat menemui sebarang kajian yang membandingkan jabatan kecemasan dengan perkhidmatan penilaian akut.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Kajian yang diterbitkan setakat September 2022 disertakan dalam ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick, UK). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information