Jenis rawatan endovaskular perkutaneus yang berbeza bagi strok iskemia akut

Persoalan
Apakah jenis rawatan endovaskular yang terbaik dari segi keselamatan dan keberkesanan untuk pesakit angin ahmar iskemia akut (AIS)?

Latar belakang
Angin ahmar adalah salah satu punca kematian dan hilang upaya yang paling biasa pada hari ini. Endovaskular yang berbeza (di dalam saluran darah) rawatan (juga dipanggil trombektomi) bertujuan untuk membuang bekuan darah yang menyebabkan AIS bagi memulihkan aliran darah dan membalikkan simptom angin ahmar. Aspirasi trombo melibatkan penyedutan darah beku menggunakan tiub kateter halus. Stent-retriever thrombectomy menyedut dan mengeluarkan bekuan dari saluran darah yang tersumbat. Teknik gabungan aspirasi-retriever juga telah ditunjukkan sebagai cara yang berkesan untuk membuang darah beku. Walau bagaimanapun, jenis trombektomi manakah yang terbaik dalam rawatan AIS adalah tidak jelas.

Tarikh carian
Kami telah menyelesaikan pencarian kajian pada 16 Mei 2022.

Ciri-ciri kajian
Kami menggabungkan data daripada dua percubaan rawak terkawal (sejenis kajian di mana peserta dibahagikan secara rawak kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dengan sejumlah 651 peserta yang mempunyai AIS disebabkan oklusi salur darah besar yang disahkan oleh pengimejan, seperti computed tomographic angiography (CTA) dan digital subtraction angiography (DSA). Kajian ini dijalankan di pelbagai pusat dan membandingkan aspirasi trombo dengan stent-retrieval thrombectomy. Dua lagi kajian membandingkan teknik gabungan dengan thrombo-aspiration dan stent-retriever thrombectomy sahaja.

Keputusan utama
Tiada perbezaan yang jelas dari segi keselamatan dan keberkesanan kedua-dua pendekatan (thrombo-aspiration dan stent-retrieval thrombectomy) dalam pengurusan pesakit AIS.

Kualiti bukti
Kualiti bukti dalam ulasan adalah tinggi, walaupun doktor dan peserta tahu rawatan mana yang diberikan, yang boleh membawa kepada bias.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Kamisah Ariffin (Universiti Teknologi MARA).

Tools
Information