Diet rendah protein untuk orang dewasa yang mengalami penyakit buah pinggan diabetik

Apakah isunya?

Bagi orang yang mengalami penyakit buah pinggang diabetik (DKD) tidak memerlukan dialisis dan mungkin disarankan untuk menghadkan jumlah protien dalam diet untuk memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Namun, ketidakpastian kekal tentang berapa banyak protein yang perlu diambil.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami mengkaji bukti tentang kesan diet rendah protein terhadap berkembangan penyakit buah pinggang dalam pesakit orang dewasa dengan DKD, bukan pada dialisis. Bukti terkini sehingga 17 November 2022. Semua kajian telah digabungkan, dengan syarat mereka membandingkan diet rendah protien (0.6 hinggan 0.8 g/kg/hari) dengan diet protein yang biasa atau tidak terhad (≥ 1.0 g/kg/hari) untuk 12 bulan atau lebih.

Apakah yang kami dapati?

Kami mengenal pasti lapan kajian mendaftarkan 486 orang yang mengalami DKD pada tahap yang berbeza bagi penyakit buah pinggang kronik. Kajian termasuk diabetes tahap 1 dan 2. Keputusan menunjukkan bahawa diet rendah protien mempunyai kesan yang tidak pasti dalam memperlahankan penurunan kadar penapisan glomerular. Perbandingan dengan diet protein yang biasa atau tidak terhad, diet rendah protien mungkin ada sedikit atau tanpa kesan terhadap beberapa orang yang mati atau kemerosotan kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis. Sebilangan besar kajian melaporkan status pemakanan, dengan satu kajian menunjukkan potensi kekurangan zat makanan dalam kumpulan diet rendah protein. Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam kesihatan yang berkait dengan kualiti kehidupan; namun, hanya satu kajian melaporkan hasil ini. Pematuhan dengan diet rendah protein adalah tidak memuaskan dalam empat daripada lapan kajian

Bagi sebahagian besar, kajian yang disertakan tidak dijalankan dengan baik, dan data tidak selalu dilaporkan; oleh sebab itu, keseluruhan kepastian tentang bukti untuk hasil kepentingan kami sama ada rendah atau lebih rendah.

Kesimpulan

Disebabkan kekurangan data dan kesukaran dalam mematuhi diet rendah protein, kami tidak pasti sama ada diet rendah protein memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang untuk orang yang mengalami DKD yang tidak menjalani dialisis. Lebih banyak kajian kualiti tinggi dengan sampel yang besar dan susulan yang mencukupi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information