Zink untuk pencegahan dan rawatan selesema biasa

Mesej-mesej utama
- Terdapat mungkin sedikit atau tiada pengurangan dalam risiko mendapat selesema dengan supplemen zink berbanding plasebo.

- Untuk orang yang pernah mengalami selsema, terdapat mungkin pengurangan dalam sejauh mana selesema bertahan dengan supplemen zink berbanding plasebo.

- Terdapat mungkin peningkatan dalam risiko peristiwa buruk tidak serius semasa zink digunakan untuk rawatan selesema.

Apakah selesema biasa?
Selesema biasa terutamanya jangkitan virus pada saluran pernafasan atas. Tiada spesifik gabungan gejala yang mentakrifkan selesema, tetapi gejala boleh merangkumi kongesi hidung, bersin, sakit tekak, batuk, kelesuan, dan hidung berair, dengan atau tanpa demam. Kebanyakan orang selalunya sembuh daripada penyakit ini tanpa rawatan perubatan; namun, tiada rawatan muktamad untuk mencegah selesema atau mengurangkan tempohnya. Memandangkan frekuensi selesema dalam orang dewasa dan budak-budak, ianya adalah beban kesihatan awam dan menyebabkan kehilangan produktiviti kerja dan ketidakhadiran sekolah yang ketara. Pencegahan dan rawatan untuk selesema dengan zink adalah minat yang masih berterusan.

Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada zink lebih baik daripada plasebo dalam mengurangkan risiko mengalami selesema dan mengurangkan tempoh selesema yang sedia ada. Plasebo adalah bahan serupa dari sega rupa kepada rawatan, tetapi tiada kesan terapeutik yang diketahui. Plasebo membantu menilai kesan kepercayaan bahawa rawatan yang telah diterima berbanding rawatan yang diterima.

Kami juga ingin mengetahui sekiranya zink berkaitan dengan sebarang kesan sampingan (seperti kemudaratan), terutamanya kemudaratan yang dianggap sebagai potensi komplikasi selesema. Tambahan pula, kami telah melihat kepada keseluruhan keparahan selesema laporan kendiri, keparahan gejala individu, tempoh gejala individu, dan jumlah hari yang terlepas daripada kerja atau sekolah.

Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari enam pangkalan data dan dua daftar kajian klinikal untuk kajian yang membandingkan zink dengan plasebo untuk rawatan atau pencegahan selesema dalam orang dewasa dan kanak-kanak. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian, dan kami telah menemui dan menilai keyakinan kami dalam bukti berdasarkan faktor spesifik seperti risiko bias dan kaedah kajian.

Apakah yang kami temui?
Kami telah menemui 34 kajian tentang pencegahan dan rawatan selesema. Kajian-kajian tersebut telah dijalankan dalam 13 negara, majoriti berlaku di Amerika Syarikat. Dua belas kajian telah dijalankan ke atas kanak-kanak (bawah umur 18 tahun) dan 22 kajian telah dijalankan ke atas orang dewasa. Kebanyakan rawatan berakhir dengan resolusi gejala melalui laporan kendiri, dan minimum tempoh rawatan adalah lima hari dengan jumlah tempoh maksimum sebanyak 540 hari. Kebanyakan kajian ditaja oleh organisasi yang mempunyai hubungan dengan sesetengah perdagangan/ industri atau tidak melaporkan dana mereka. Bakinya ditaja oleh klinik swasta, yayasan bukan kerajaan, universiti, atau entiti kerajaan.

Kami telah menaksir kesan-kesan:

- zink sebagai ukur pencegahan; dan

- zink sebagai ukur rawatan.

Kami tengah memperolehi keputusan berikut:

Zink untuk pencegahan

Berbanding plasebo, pengambilan zink mungkin mengambil sedikit atau tiada perbezaan dalam pencegahan selesema dalam orang (9 kajian, 1449 orang). Zink pencegahan mungkin juga membuat sedikit sehingga tiada perbezaan terhadap tempoh selesema sekiranya orang pernah mengalaminya (3 kajian, 740 peserta) dan mungkin boleh membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap keparahan gejala yang dialami (2 kajian, 101 orang). Kesan-kesan sampingan negatif yang telah dilaporkan oleh orang yang mengambil sama ada zink atau plasebo; ketidakteraturan dalam rasa dan sakit perut adalah yang paling kerap.

Zink untuk rawatan

Zink yang telah diambil untuk rawatan selesema mungkin mengurangkan tempoh masa gelaja yang muncul, kira-kira sebanyak dua hari, berbanding dengan plasebo (8 kajian, 972 orang). Walau bagaimanapun, kami mempunyai sedikit keyakinan dalam bukti untuk menyokong kesimpulan ini. Hai ini kurang jelas sama ada zink membuat perbezaan terhadap keparahan gejala selesema yang dialamai (2 kajian, 261 orang). Kesan-kesan sampingan negatif telah dilaporkan dengan lebih kerap untuk mereka yang mengambil zink sebagai rawatan selesema apabila dibandingkan dengan mereka yang mengambil plasebo; ketidakteraturan dalam rasa dan sakit perut adalah yang paling kerap. Kajian yang memberikan zink intranasal tidak melaporkan sebarang kes anosmia (kehilangan deria bau) tetapi maklumat tentang kesan-kesan sampingan spesifik adalah tidak pasti.

Apakah batasan bukti?
Keyakinan kami terhadap bukti kebanyakannya rendah kepada sangat rendah, dan keputusan kajian lanjut mungkin berbeza daripada keputusan ulasan ini. Beberapa faktor telah mengurangkan keyakinan kami terhadap bukti. Pertama, sesetengah kajian tidak melaporkan secukupnya tentang bagaimana orang dalam kajian telah ditempatkan secara rawak ke dalam kumpulan rawatan, yang bermakna perbezaan antara kumpulan kajian mungkin disebabkan oleh perbezaan antara peserta dan bukan disebabkan rawatan. Kedua, sesetengah kajian telah menggunakan pelbagai cara berbeza untuk menyampaikan rawatan. Akhir sekali, disebabkan perbezaan yang besar antara kajian dalam pendekatan yang telah digunakan untuk menguji keberkesanan zink, ianya mungkin lebih banyak kajian tambahan diperlukan sebelum sebarang kesimpulan kukuh boleh dibuat.

Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga 22 Mei 2023.

Nota terjemahan: 

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information