Adakah strategi pemakanan dan aktiviti membantu mencegah obesiti dalam kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun?

Mesej-mesej utama

- Strategi-strategi untuk mengubah tahap aktiviti, atau kedua-dua tahap aktiviti dan pemakanan, oleh kanak-kanak untuk membantu mencegah mereka daripada mengalami berat badan berlebihan atau obesiti mungkin efektif dalam menghasilkan sedikit pengurangan dalam indeks jisim badan (BMI) dalam kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

- Terdapat sedikit maklumat tentang sama ada strategi mengakibatkan peristiwa buruk yang serius (contohnya kecederaan), tetapi berdasarkan daripada apa yang telah kami temui nampaknya terdapat sedikit atau tiada kesan.

- Perubahan dalam BMI, semasa diberikan kepada banyak kanak-kanak merentas satu keseluruhan populasi, adalah berguna untuk ibu bapa yang bimbang tentang anak-anak mereka menjadi berlebihan berat badan semasa mereka meningkat ke alam dewasa dan untuk kerajaan dalam usaha menangani masalah obesiti melalui perjalanan hidup.

Mengapakah pencegahan obesiti dalam kanak-kanak adalah penting?

Lebih banyak kanak-kanak akan mengalami berat badan yang berlebihan dan obesiti di seluruh dunia. Berat badan yang berlebihan sebagai seorang kanak-kanak boleh mengakibatkan masalah kesihatan, dan orang mungkin boleh terjejas secara psikologi dan dalam kehidupan sosial mereka. Kanak-kanak yang berlebihan berat badan mungkin menjadi berlebihan berat badan sebagai orang dewasa dan terus mengalami kesihatan fizikal dan mental yang lemah. Malah, obesiti kanak-kanak adalah berkaitan dengan type 2 diabetes dan penyakit jantung dalam kematian masa dewasa dan pertengahan umur.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada strategi untuk membantu orang mengubah suai pemakanan atau aktiviti mereka (atau kedua-duanya) adalah efektif untuk mencegah obesiti dalam kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Kami juga ingin mengetahui sama ada strategi-strategi tersebut adalah berkaitan dengan sebarang peristiwa buruk serius.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami telah mencari banyak pangkalan data saintifik untuk mencari kajian-kajian yang melihat kepada cara-cara mencegah obesiti dalam kanak-kanak. Kami telah menyertakan kajian-kajian yang bertujuan terhadap kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Kami telah mengecualikan kajian-kajian yang bertujuan untuk kanak-kanak yang telah berlebihan berat badan atau yang sedang hidup dengan obesiti. Walau bagaimanapun, kami telah menyertakan kajian-kajian di mana kanak-kanak yang telah berlebihan berat badan atau yang hidup dengan obesiti telah dimasukkankan dalam analisis. Kami telah menyertakan kajian-kajian sekiranya kaedah-kaedah yang telah digunakan bertujuan untuk mengubah pemakanan kanak-kanak, tahap aktiviti mereka (iaitu meningkatkan aktiviti fizikal atau mengurangkan masa tidak aktif), atau kedua-duanya. Kami telah melihat kepada kajian yang meletakkan orang secara rawak ke dalam kumpulan untuk menerima strategi-strategi berbeza (yang mungkin menyertakan tiada perubahan). Kami telah menaksir keteguhan kajian-kajian untuk mengetahui sejauh mana tahap keyakinan kami terhadap keputusan mereka. Kami mengumpulkan kajian-kajian bersama-sama untuk analisis yang bergantung kepada sama ada mereka bertujuan untuk memperbaiki pemakanan, aktiviti, atau kedua-duanya.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menemui 172 kajian yang melibatkan 189,707 kanak-kanak. Seratus empat puluh enam kajian adalah berpusat di negara berpendapatan tinggi (contohnya Amerika Syarikat dan di Eropah). Dalam 111 kajian, strategi-strategi telah dicuba di sekolah, walaupun 15 adalah berpusat dalam komuniti, lapan di dalam rumah dan tujuh dalam persekitaran klinikal; satu intervensi telah dikendalikan oleh telekesihatan dalam lebih daripada satu persekitaran. Lapan puluh enam strategi telah dilaksanakan untuk kurang daripada sembilan bulan, dengan yang paling pendek dijalankan dalam satu lawatan dan yang paling panjang adalah lebih empat tahun. Dana bukan industri telah diisytiharkan oleh 132 kajian; 24 kajian telah ditaja sebahagiannya atau sepenuhnya oleh industri (contohnya pembekal makanan, industri farmaseutikal dan servis penjagaan kesihatan swasta.

Analisis statistik kami telah menyertakan hasil daripada 149 kajian yang melibatkan 160,267 kanak-kanak. Kami telah mendapati bahawa kanak-kanak yang telah dibantu dengan strategi untuk mengubah tahap aktiviti mereka atau digabungkan dengan strategi untuk mengubah pemakanan mereka boleh mengurangkan BMI mereka, dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak diberikan sebarang strategi. Ini bermakna bahawa kanak-kanak tersebut boleh dapat meminimumkan penambahan berat badan berlebihan mereka dengan jumlah yang kecil di mana, untuk kesihatan awam, adalah penting. Sebaliknya, kanak-kanak yang telah dibantu dengan strategi untuk mengubah pemakanan mereka sahaja tidak mempunyai BMI mereka dikurangkan.

Hanya beberapa kajian yang telah melaporkan sebarang kemungkinan kemudaratan strategi, dan tiada kemudaratan serius telah dikenal pasti dalam perkara ini.

Apakah batasan bukti?

Keyakinan kami dalam bukti adalah di antara sederhana dan sangat rendah. Walau bagaimanapun, ia adalah sukar untuk menbawa keyakinan bahawa penajaan lebih banyak kajian, sekurang-kurangnya lebih banyak kajian berdasarkan sekolah, akan menghasilkan tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam keputusan.

Empat faktor utama yang mengurangkan keyakinan kami terhadap bukti tersebut.

1. Keputusan-keputusan adalah sangat tidak konsisten merentasi pelbagai kajian.

2. Banyak kajian yang mempunyai batasan dalam cara bagaimana mereka telah dikendalikan.

3. Terdapat kajian yang tidak mencukupi yang melaporkan jenis hasil yang tertentu bagi tempoh susulan tertentu untuk pasti tentang keputusan bagi sesetengah perbandingan, dan juga persekitaran tertentu (contohnya persekitaran komuniti) adalah kurang diwakili.

4. Keputusan daripada beberapa kajian tidak dilaporkan dalam cara yang boleh kami sertakannya dalam analisis kami (contohnya tanpa sebarang perincian tentang perbezaan antara strategi yang dikaji) dan ianya mungkin memberikan impak terhadap keputusan analisis kami.

Ulasan ini tidak memberikan maklumat mencukupi bagi dapat menilai sejauh mana strategi berfungsi untuk kanak-kanak yang kurang upaya, atau sama ada strategi yang dilaksanakan dalam persekitaran komuniti adalah efektif.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan kami sebelum ini. Bukti ini terkini sehingga Februari 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Tools
Information